Showing posts with label Tazkirah Untuk Diri. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Untuk Diri. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Lagi Kebesaran ALLAH..SUBHANALLAH!!





"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus" (Al-Furqan:53)

Benarlah keajaiban yang berlaku. Terbuktilah kajian yang dibuat oleh para pengkaji alam, terutamanya ahli saintis. Kajian yang berkaitan dengan tiada pencampuran antara air laut dengan air sungai. Kedua-duanya tidak pernah bercampur sedikitpun walaupun bertemu antara satu sama lain. Sifat air laut yang masin dan air sungai yang tawar tidak pernah berubah.


Tidak dipisahkan dengan sebarang dinding mahupun tembok yang besar. Maha suci ALLAH yang menciptakan sesuatu tanpa sebarang masalah. Ilmu ALLAH tiada terbatas kerana DIALAH yang menjadikan ilmu. Dialah yang menciptakan makhluk. Segala-galanya tunduk dan patuh kepadaNYA. 
 
 

Makhluk sebesar lautan pun sentiasa patuh kepada arahan dan suruhan tuhan yang Esa, maka muhasabah diri kita sebagai insan yang terlalu kerdil, yang masih menentang dan melawan suruhan ALLAH swt. SUBHANALLAH!


"Syukran Ya ALLAH"

Saturday, April 14, 2012

Antara Sunnah Rasulullah yang perlu DIAMALKAN..

Sekadar perkongsian pada pagi yang nyaman..Moga bermanfaat untuk semua..
JOM kita AMALkan sama-sama sebagai tanda sayang dan rindu kita pada Habibuna Rasulullah s.a.w.










 "Syukran Ya ALLAH"


Friday, November 25, 2011

A journey to Sabah, Labuan, Brunei

Bismillahirahmanirrahim..
Sebelum memulakan perkongsian, teringat sepotong ayat al-Quran dalam surah al-Ankabut:

Katakanlah "berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah memulai penciptaan makhluk, kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir" Sesungguhnya Allah berkuasa atas setiap sesuatu" 
(Al-Ankabut, ayat 20)


Kalam hari ini adalah sekadar perkongsian mengenai pengalaman 5 hari berada di negeri orang.  Terlalu rindu untuk menulis kembali, tapi apakan daya, baru malam ini berkesempatan untuk menulis. Terlalu seronok berada di negeri orang lain walaupun sebentar.

Di sini perjalananku bermula....LCCT

Hari pertama (Kota Kinabalu)

Perjalanan ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA 2) dengan "burung besi" Air Asia mengambil masa 2 jam dari LCCT. Tiba di KKIA (2), kami terus "check-in" di Marina Court dan terus jalan-jalan ke Shopping Complex dan pasar Filipina. Dengar macam syok "pasar Filipina", tapi memang standard pasar, ada ikan, sayur, dengan bahan-bahan mentah. Cuma saya agak terpegun dengan binatang laut ni, memang ada banyak dijual kat sana.


Lobster di pasar Filipina, harganya 1kg = Rm 180.  
p/s: Dinner untuk malam pertama kami adalah ikan bakar+udang bakar.  

Hari kedua (Labuan)   


Hari ini merupakan tujuan sebenar lawatan saya dan ahli-ahli rombongan. Kami check-out pukul 6 pagi dan terus berjalan ke stesen bas KK menuju ke Menumbok untuk ke Labuan. Perjalanan dengan bas ke sana lebih kurang 2 jam 30 minit. Setibanya di Menumbok, kami terus menaiki speed boat. Hampir 30 minit kami mengharungi ombak lautan china selatan. Alhamdulillah, walaupun pertama kali berpijak di bumi Labuan, rasa seronok tak terkira.

Kami terus disambut oleh guru besar SK St Anne. Serba sedikit mengenai sekolah tersebut, ia merupakan satu-satunya sekolah kluster yang terdapat di Labuan. Ia mempunyai struktur organisasi sekolah yang amat tersusun, bermula dari pentadbiran sekolah hinggalah ke PIBG sekolah. Antara perkara yang dikongsikan kepada kami adalah Model Cawan Transformasi Sekolah yang dicipta oleh guru besar sendiri.


Model Cawan Transformasi Pengurusan Sekolah yang diiktiraf


Dinner @Labuan
Ketam + Udang + Ikan
Hari ketiga (Brunei) 

Pada hari ketiga, kami meneruskan pengembaraan ke Brunei dengan menaiki Feri. Tambang ke sana lebih kurang BD30. Brunei merupakan salah satu negara yang terkecil di dunia selain daripada Singapura. Keluasannya hanyalah 5700 km/persegi berbanding Malaysia yang berkeluasan 329, 000 km/persegi dan mempunyai 383,000 orang penduduk saja.  Tiba di sana, kami  bercadang untuk terus mengelilingi seluruh kawasan di negara ini kerana kami hanya mempunyai masa yang agak terhad. Antara tempat yang kami lawati adalah Masjid Sultan Hasanal Bolkiah, Jerudung park, Kampung Air, dan Muzium Sultan Brunei. 

29 kubah sebagai tanda simbolik dibina pada zaman pemerintahan
 Sultan Hasanol Bolkiah (sultan ke-29) 

Kekayaan yang dimiliki oleh Sultan Brunei amat banyak sehinggakan rakyatnya dapat hidup dengan kos sara hidup yang rendah, tanpa cukai, dan tanpa tol. Kagum rasanya dengan sikap rakyat Brunei yang menghormati pejalan lalu lintas. Buktinya, apabila kami ingin melintas melalui "zebra crossing", semua kereta dengan serta merta akan berhenti dan memberi laluan kepada kami untuk melintas.

Sedikit pekongsian tempat-tempat menarik di Brunei: 


Muzium Sultan Brunei


Kanak-kanak riang


Hari keempat (KK) 


Ttepat jam 10.00 pg, kami bertolak ke KK dengan menaiki bas ekspress. Perjalanan kali ni mengambil masa 8 jam, melalui Sarawak dan terus ke KK. Walaupun perjalanan mengambil masa yang lama, namun ia adalah suatu pengalaman yang amat berharga buat kami. Antaranya, kami terpaksa mengharungi 9 imigresen untuk memeriksa passport. Macam berada kat negara orang pulak..hmmmm...


Hari kelima


Hari terakhir di KK, kami berkesempatan utk "shopping" sebelum berangkat pulang ke LCCT.
Dapat beli kuih cincin Sabah....seronoknya..^_^


Terima kasih ya Rabb atas kurniaanMu ini. Selamat tinggal Sabah, Labuan dan Brunei. Jumpa lagi!!



"Syukran Ya ALLAH"   

Menulis untuk anak-anakku~

Saturday, September 10, 2011

Kisah "Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar.."




Cintailah RASULULLAH wahai sahabat, cinta kepada baginda jangan sesekali diputuskan.
Perbanyakkan berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.

Ya Habibi Muhammad Rasulullah SAW,
Kami menanti syafaatMu disana.
Sungguh tabahnya hatiMu menanngung derita yang melanda,
Biarpun pedih, perit, dan tersiksa, namun kerana ummat kau tempuhi jua,
Kaulah segalanya contoh terbaik,
Akhlakmu tinggi, sifatmu sempurna pelengkap peribadi.
Kami merindui sinaran wajahmu...Ya RASULULLAH...

"Allahumma solii "ala Sayyidina Muhammad" 

"Syukran Ya ALLAH"

Monday, August 1, 2011

Alhamdulillah..رمضان المبارك h1432 ..



Dapat juga kita berada dalam bln Ramadhan tahun ni kan..bulan yang diturunkan al-Quran, yang didalamnya terdapat LAILATUL QADAR, pahala amalan digandakan, pintu rahmat dan maghfirah dibuka seluas-luasnya. (yang lain-lain tu cari sendiri)..^_^.
JOM kita berlumba-lumba dan rebut peluang yang ada sekarang supaya tak menyesal nanti.

Mohon maaf atas segala kesalahan yang tertulis n tertaip dalam blOg ini. Buat sahabat-sahabat sekalian, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Selamat mentarbiah diri di universiti ini dan berjaya mendapat ijazah taqwa..Banyakkan berselawat dan berzikir kepada NYA.

RAMADHAN KARIM, ALLAHU AKRAM.

p/s: Terasa rindu nak mengupdate blog yang dah bersawang ni..
       Teruskan bertahajud dan jaga amalan..


"Syukran Ya ALLAH"

Thursday, July 7, 2011

Istimewa buatMU..Wahai muslimah..



Kadangkala, tika diri ini mengenangkan minda daripada berfikir perkara yg rumit ataupon merehatkan minda dari segala   kerja melelahkan, terlihatlah akan individu-individu yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan gambar-gambar mereka pada page mereka. Sehingga kini ana tidak faham mengapa mereka terlalu suka memamarkan wajah yang dianggap cantik. Tidak kiralah samada di Friendster, Myspace, Facebook, Blog mahupon Twitter sekalipun, serta bagi mereka yg menggunakan ym sebagai medium "chatting". Terbit rasa hairan di dalam hati ini, dimanakah perginya rasa segan dan malu mereka? Tidakkah terbit rasa malu dalam hati mereka? Wahai ALLAH, bantulah kami ke arah yang kau redhai..

Ada Apa Dengan Gambar?
Baiklah. mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik? Mungkin juga masing-masing sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang bakal diberitahu selepas ini. Semoga kalian dapat membuka pintu hati masing-masing tanpa dipaksa dan bersedia untuk menerima apa yg mahu perkatakan selepas ini.

Kita mulakan dengan persoalan. PERLUKAH diupload gambar untuk totonan umum? Mengapa?
1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai.

Kerana Gambarmu itu Begitu Berharga
Sedarlah wahai Muslimah, tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga? Adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata-mata untuk pandangan umum? Fahamilah hukum dan syariat Islam. Mungkin ramai yg bangga meletakkan gambar dengan niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya. Tapi niat sebenarnya, wallahua"lam.. Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim? 

Dikira 'beruntunglah' jika begitu. Tidak kurang juga yang hanya menjadi modal umpatan bg lelaki-lelaki yang mengenali kamu? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu? Jika kamu tahu, mungkin tidak mengupload gambar kamu di alam maya ini.

Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari. Tidakkah kamu ingat bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn mudah da boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dalam komputer sang lelaki. Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg memang mahukan kecantikan mereka ditunjuk2? INGAT!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba-tiba terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya. Adakah ketika itu kamu mampu lagi berbangga? Apa yang mampu anda lakukan ketika itu? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri.



Muslimah Dan Gambar
Bukan tujuan untuk mengutuk, menghentam atau menghina sesiapa, tetapi ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah-wajahmu menjadi tontonan umum. Tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang-wenangnyanya di alam maya. Meskipun muslimah sudah lengkap menutup auratmu, namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat .

Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki? Perosak ketaqwaan seorang Muslim? Dan lebih teruk lagi menjadi Mata Panah Syaitan.
Sedarlah muslimah sudah tiba masanya kalian sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali-kali oleh mereka yang benar-benar layak sahaja. Tidak perlulah berbangga dgn apa yang telah Allah anugerahkan kepadamu dgn menggunakanya sebagai Mata Panahan kpd syaitan.. Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dari alam maya ini dgn seribu satu alasan,  hanya satu pesan dari diri ini. BERHATI-HATILAH!!

PETIKAN DARI AURATKU MARUAHKU..



Ya Rahim, bukalah pintu hati kami. Jangan kau sesatkan kami ke jalan kau kau murkai..

"Syukran Ya ALLAH"

Wednesday, May 11, 2011

Pantun untuk orang yang MALAS solat..

Assalamualaikum, terpegun apabila membaca "post" daripada sahabat blogger tadi. Pantun ini disediakan khas untuk manusia yang malas dan sengaja meninggalkan solat..

Special for "you":-


56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.                         (az-Zariyat:56)


45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
(al-Ankabut:45)

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang dan malam..

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 10 minit, setiap satu waktu pun tak boleh luang.


Kenapa aku malas sembahyang,
Allah beri otak supaya tak bangang,
Allah beri ilmu untuk fikir susah dan senang,
Allah beri nikmat kenapa aku tak kenang. 

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga boleh hutang??

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku mesti ingat umur kita bukan panjang,
pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Kenapa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah tiada siapa boleh halang.  


Nauzubillahi min zalik, semoga kita dijauhkan daripada tergolong dengan manusia-manusia yang malas dan meninggalkan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah diri daripada perkara yang keji dan mungkar. Hayati bersama. Wallahualam..


"Syukran Ya ALLAH"


Wednesday, January 5, 2011

Belajar tentang ikhlas..


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riya'. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA' dalam beramal.
Wallahua'lam..
"Syukran Ya ALLAH"

Tuesday, December 14, 2010

BAGAIMANA SOLAT KITA?

Salam berblogging..
Hari ni  baru terasa nak menulis, walaupun penyakit malas ni selalu datang, tapi tak boleh jadi dan tak boleh biar. Sekarang ni dalam proses nak siapkan sajak, cuti-cuti ni kena belajar buat sajak sebab cikgu kat sini minta tolong buat, kalau rajin. Walaupun tak pernah buat pun sebelum ni, rupa-rupanya seronok juga belajar tulis sajak ni kan. Sebab macam-macam kita boleh fikir, macam-macam kita boleh tulis, tapi belum tau lagi bila boleh siap, lepas tu baru boleh periksa. Semoga Allah merahmati cikgu.

Nasihat untuk diri...
Kadang-kadang bila kita bercakap mengenai solat, rupa-rupanya banyak lagi yang kita terlepas pandang. Kita solat, tapi tak tau solat tu apa, tujuan solat, bila solat disyariatkan, kepada siapa disyariatkan, dimana disyariatkan solat dan bagaimana nak solat. Selalu terlupa dan terlepas pandang perkara-perkara macam ni, walaupun sekurang-kurangnya manusia ni solat 5 kali sehari. Cuba kita check dan muhasabah diri masing-masing. Sebab tu solat kita tak dapat nak hindarkan kita daripada buat perkara yg keji dan munkar. Sedangkan Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

"........ Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.........." 

2 rakaat waktu fajar menyinsing, 4 rakaat waktu gelincir matahari, 4 rakaat waktu matahari condong, 3 rakaat waktu matahari terbenam, dan 4 rakaat lagi ketika malam menjelang. Inilah solat-solat fardu yang telah Allah amanahkan pada setiap mukallaf.

Cuba kita kaji, rasa dan perhati. Mungkin solat kita yang selama ini kita rasak dah sempurna, rupa-rupanya masih terlalu banyak lagi kekurangannya. Dari sudut khusuknya solat seseorang kita, ikhlasnya kita, dan penyerahan diri kepada Allah. Kita solat, tapi masih lagi buat maksiat, masih lagi memutuskan silaturahim, saling membenci dan sebagainya.

Solat merupakan ibadah yang paling utama dalam islam kerana ia membezakan antara orang islam dengan orang kafir. Dalam solat, kita meluahkan segala-galanya pada Allah, kita berserah diri,  merasakan diri sebagai hamba, meletak harapan pada Allah serta menyerahkan jiwa dan raga kita padaNya. Persoalannya, adakah solat kita khusyuk, tawaduk dan berserah diri???? 

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 45 yg bermaksud:

"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"

Di awal surah Al-Mukminun:

"Sungguh beruntung orang yang beriman, iaitu orang yang khusyk dalam solatnya"

Kemanisan dalam solat ini kita boleh rasa jika benar-benar khusyuk, merasakan seolah-olah kita melupakan segala kenikmatan dunia untuk tunduk dan patuh kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Maksudnya, solat sesorang dinilai dari penghayatan jiwa yang penuh khusyuk, bukan hanya dari pelaksanaan gerak badan semata-mata. 

Huzaifah, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan; "Awasilah dari khusyuk yang bepura-pura" Bagaimana khusyuk yang berpura-pura? "Badannya dilihat khusyuk, tetapi hatinya tidak"

Imam Az-Zihabi menyatakan bahawa solat itu dapat melapangkan jiwa dan memadamkan api kemarahan. Ia menjadikan seseorang itu sabar, lapang dada serta dapat membantu berfikir dengan tenang. Semoga kita  bukan dalam golongan yg disebutkan oleh Allah dalam surah Al-Ma"un ayat 4-5:

"Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya" 

Sama-sama kita amalkan. Nasihat untuk diri yang jahil. Waallhualam..


"Syukran Ya ALLAH"

Friday, October 22, 2010

Kalaulah binatang ada FB



Assalamualaikum.


Kalaulah binatang ada FB, agak-agak macam ni la kan komen-komen binatang kat STATUS yg macam korang selalu post tu.


Cicak : Tuan rumah baru beli riket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih.

Nyamuk :
 Baru habis ronda rumah Ajoy, kenyang burp, hisap darah+lemak dia,haha. Alhamdulillah...

Aedes:
 Baru je selamat bagi injekan maut, yeah! 

Ayam:
 Tidaaaaaaaaaaaak! Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!.

Cicak :
 Isteriku tersepit pintu.

Kucing Betina:
 “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam :
 Kawan-kawan, kalau esok guwe tak update, bererti guwe udah digoreng, I luv u all n jangan lupa wat kenduri arwah untuk I yaa.

Nyamuk:
 Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS, waaaaaaa


Kucing: Baru je add awek sebelah umah, keturunan PARSI beb!

Tikus:
 Operasi malam ni, selongkar kitchen kabinet, sape nak ikot?

Katak :
 Malam ni nak wat konsert la, da lama x ujan ni, hangat oii.

Ular :
 Rasa macam nak makan lauk telur la malam ni, mana nk cari ek?

Anjing:
 Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang..Hanjeng punya orang.

Kuda:
 Patah kaki, Rider aku tersalah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura:
 Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab macam siput babi.

Siput babi:
 Aku sakit hati bila laki aku bergerak. Lembab macam kura2.

Gagak:
 Tadi jumpa ayam RFC. Jangan jeles!

Burung Kakak Tua:
 Penat betul nak ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku Burung Jantan!

Babi hutan:
 Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni. 

Kera:
 Semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah.

Tikus:
 Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@KL. Meh la join sekali.

Lalat:
 Asyik hurung bangkai je, alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong:
 
 Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut..hishh


Itik nila : Haha lawak-lawak, ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2, nak tiru aku le tu, lol....

Ikan laga:
 Boring sih, duduk sorang2 dalam tangki ni.

Ikan parang:
 Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok.


Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah!

Ikan Bilis:
 Wah ramainya kawan kita. Tahniah Asha, ko kawan aku yang ke 3000.

Ikan Arowana:
 Cantik tak sisik I? Cantik kan?

Ikan Mas Koki
: Macam mana nak kurus nie? 



Ikan Jerung: Kenapa xde sorang pun nak add/approve aku. :-(


Hmmm, lepas ni, harap-harap ramai la manusia yang sedar mengenai kebaikan & keburukan FB. Pandai mengawal diri dan "privacy" masing-masing. Jangan ada yang berperangai lebih teruk dari binatang, hingga hilang rasa malunya sehinggakan ada yang gemar mempamerkan gambar yang tak sepatutnya untuk tontonan umum. Berasa bangga apabila wajah-wajah serta gambar-gambar yang tidak menutup aurat menjadi hak semua. Tidak pernah sedikitpun berasa malu dan bersalah.

Wahai muslimin, sesungguhnya kamu adalah pemimpin kepada isterimu, anak-anakmu. Tunjukkanlah contoh yang terbaik supaya "bait al-muslim" mu dirahmatiNYA. Sentiasa berasa BERTUHAN.

Wahai muslimah, sesungguhnya, wajah-wajahmu dan malumu teramatlah berharga. Jagalah ia dengan sebaiknya. Sebaik-baik wanita adalah wanita yang tinggi rasa malunya, rendah suaranya serta baik akhlaknya.


"Syukran Ya ALLAH"

Thursday, October 7, 2010

Dash n Me!!

Dgn namamu ya ALLAH, yg MAHA pemurah lagi MAHA penyayang!!

Rsenye xperlu buat semua ni, tp aku dh x kisah. Patut ke wujud perasaan mcm ni dlm satu masa. jaga perasaan semua pihak. Dah puas nak phmkn hati org lain, tp yang jd mgsa keadaan, diri sndiri. sgt2 x ptut..sgt2..bila nk buang rse ni, mcm2 jd mgsa..nk hilangkn tension, rse down, bersalah, tp xpe, aku mmg dh x kisah, semua tu mmg ada bnyk hikmahnya.  

Ikhlaskan hati, betulkan niat, terima kenyataan dgn sesungguhnya, x perlu ada rasa marah atau bersalah. 
Rasa dh xkuat nak tempuh semua bnde ni..org lain yg gembira n bhgia..bgusla. Mgkn semua p'kara ni dtg dr dr sendiri yg trlalu bnyk kejahilan, walaupn segalanya tlh diatur dgn rapi dan smpurna. xde sbrg punca n sebab aku buat mcm ni.

Bila kita cuba bljr utk mengenali ALLAH segalanya pasti indah. DIAlah Pengatur segalaNYA, dialah jua yg Berkuasa, dan maha Mengetahui. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Ghafur.ya Rahma wa ya Rahim. Engkaulah yg Maha Agung!! Kuatkanlah aku utk menempuh semua ini kerana aku mmg x mmpu!! Ya muqallibal Qulub, thabbit kulubana 'ala dinika...

"Syukran Ya ALLAH"

Wednesday, August 18, 2010

=>Saat Akhir<=

- Al- Habib Munzir al Musawa -
- Masjid USJ 9 -

Namun tujuan adalah satu,
Iaitu saat berjumpa dengan Rabbulalamin,
Berakhir seluruh apa yang kita lewati,
Dari kehidupan dunia, kepada tujuan tunggalnya, iaitu berjumpa dengan ALLAH.

Hadirin hadirat ingatlah,
Kan datang suatu saat bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama ALLAH,
Di saat itu kita diturunkan ke dalam kubur kita,
Dan wajah kita dibuka, dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita, 
Lalu kita dikuburkan dan ditinggal oleh semua kerabat.

Di saat itu tidak ada kekasih,
Di saat itu tidak ada jawatan,
Di saat itu tidak ada harta

Itulah hadirin hadirat,
Kita sendiri, 
Dan di saat itu beruntunglah, mereka yang selalu berzikir,
yang mengingat ALLAH dan ALLAH mengingatnya,
yang merindukan ALLAH dan ALLAH merindukannya

ALLAH masih terus bersabar
yang ditunggu adalah hamba pendosa, hamba yang hina,
yang hidup dari berasal dari sebutir sel,
dan akan berakhir sebagai bangkai,
makanan-makanan haiwan di dalam tanah,
menanti hambanya memohon taubat,
DIAlah yang Maha Baik, 
DIAlah yang Maha Mulia,

Setelah kita diberi kehidupan, diberi jasad, lantas allah meminjamkan pula dunia ini berserta isinya, meminjamkan matahari meminjamkan bulan, meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan,meminjamkan air dan lautan yang kesemuanya adalah milik ALLAH.
Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya, tidak pula berdoa untuk meminjamnya, ALLAH yang memberinya sebelum kita meminta.

Hadirin hadirat,
Sedemikian luasnya rahmat ilahi, dan kasih sayangnya melebihi semua kasih sayang,
melebihi kasih sayang ibunda kita kepada kita, melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita.

Hadirin hadirat, 
Jangan tahan lidahmu menyebut nama ALLAH,
Jangan berat menyebut nama ALLAH,
Dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama ALLAH,

Kami berlindung padamu dari pedihnya siksa kubur, 
Kami berlindung padamu dari pedihnya siksa neraka ,
Pastikan kami selamat dari ini semua.

"Syukran Ya ALLAH"

Tuesday, August 10, 2010

"أهلا وسهلا يا رمضان"

 
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183


Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- Seseorang yang bertambah imannya serta amalnya berbanding yang sebelumnya
2- Seseorang yang sama imannya serta amalnya berbanding yang sebelumnya
3- Seseorang yang berkurang imannya serta amalnya berbanding yang sebelumnya


Agak-agaknya kan, kita dalam kategori mana?  Alangkah berbahagianya andai kita termasuk dalam kategori pertama. 
 
Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan  ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui . 
 
Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia menjadi Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui, InsyaALLAH.
 
"Syukran Ya ALLAH"

Friday, June 18, 2010

dah tak tahannn...!!!!


peringatan utk aku,
JANGAN!! hnya tgk bayang2, kalo x mmg x dpt rse...sbb bayang2 xpenah pn wujud..xpernah langsung..cube letak tgn kat bwh lampu..pastu try pegang bayang2 tu..dpt x??? msti x dpt kan..btol??
camtu la makhluk, hakikatnya mmg x wujud, yg kte nmpak tu zahir jer..Hanya ALLAH yg wujud..

JANGAN penah kecewa, putus asa dgn sesuatu..
bersyukur dgn pe yg ade skrg..kalo x, kte mmg x malu..

Aku dh tak tahan, dh lme simpan, tunggu mse je nk tlis, aku msti tlis gak bnde ni, x gne aku simpan sorg2..x gne pegang sorg2..tp x sampaikan, dh sampai mse hr ni aku tlis jgk..
pesanan yg slalu bg aku peringatan time aku rse kosong, time aku down..time aku gila..n aku matiii..aku mmg x malu..
open ur eyes!!

======================================================================

PESANAN AL-ARIF ROBBANI POK CIK DIR AL-KELANTANI

"Ingatlah, kamu tidak pernah sesekali berada dalam keseorangan,
kamu tidak pernah ditinggalkan dan DIA tidak pernak meninggalkan kamu,
jika sesekali kamu ditinggalkanNYA maka kamu tidak akan wujud di alam musyahadah ini,
Kenapa kamu merasakan diri kamu keseorangan?
Adakah kamu percaya DIA sentiasa bersama kamu?
Jika kamu merasakan diri kamu berkeseorangan maka kamu silap,
walaupun kamu tidak pernah sayang dan cinta kepadaNYA tetapi DIA tetap bersama kamu,
wahai teman, DIAlah sebaik-baik teman dikala susah dan senang,
Teman, adakah kamu mengingatiNYA semasa senang? Jawapannya, TIDAK,
Sebenarnya kamu tak malu!!
Kamu merungut dikala susah dan disaat itu baru kamu cari DIA,
Kamu memang tak malu!!
Adakah ada lagi teman yang sebaik DIA?
Cintailah DIA kerana DIA tidak akan mengecewakan kamu,
DIA adalah sebaik-baik kekasih,
Makhluk akan tunduk kepada kamu jika kamu cintaiNYA.."

"Syukran Ya ALLAH" 
atas diri dan rase ini..

Wednesday, June 2, 2010

"..take 5.."

Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a:

"Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda. Baginda bersabda: Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar."


SUSAH ITU TARBIAH & SABAR ITU INDAH...=)

"Syukran Ya ALLAH"

Friday, May 21, 2010

~Amalan Diri~







Assalamualaikum..
Post hari ni berkaitan dengan sebuah hadis qudsi yang berkaitan dengan salah satu kaedah @ jalan untuk mendapatkan khusyuk serta kesempurnaan dalam solat. Memang perlu sangat2 diamalkan setiap kali solat supaya tak lalai. Secara HAKIKATNYA mmg DIA yg bagi khusuk, tp, pada ZAHIRNYA, manusia perlu letakkan usaha pada diri sendiri dalam melakukan sesuatu. Hayati bersama..

 قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ولعبدي ما سأل

" Maksudnya: Telah aku bahagikan solat antara aku dan hambaku dengan dua bahagian dan bagi hambaku akan apa yang ia minta. "

Hadis:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول : قال الله تعالى : قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ولعبدي ما سأل ، فإذا قال العبد : الحمد لله رب العالمين ، قال الله تعالى : حمدني عبدي ، وإذا قال : الرحمن الرحيم ، قال الله تعالى : أثنى علي عبدي ، وإذا قال : مالك يوم الدين ، قال : مجدني عبدي ، وقال مرة : فوض إلي عبدي ، فإذا قال : إياك نعبد وإياك نستعين ، قال : هذا بيني وبين عبدي ولعبدي ما سأل ، فإذا قال : اهدنا الصراط المستقيم ، صراط الذين أنعمت عليهم ، غير المغضوب عليهم ولا الضالين ، قال : هذا لعبدي ولعبدي ما سأل

(في رواية : ( قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ، فنصفها لي ونصفها لعبدي 







Apabila membaca seorang hamba
Nescaya dijawab oleh Allah
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
حمدني عبدي
(Hambaku telah
memujiku)
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
أثنى علي عبدي
(Hambaku telah menyucikan zatku)
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
مجدني عبدي
(Hambaku telah membesarkanku)
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
هذا بيني وبين عبدي ولعبدي ما سأل
(Ini antaraku dan hambaku, dan bagi hambaku apa sahaja yang ia minta)
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
هذا لعبدي ولعبدي ما سأل
(Ini bagi hambaku dan baginya, akan apa sahaja yang ia minta)


Maka patutlah bagi setiap hamba yang solat untuk memerhatikan jawapan ini seolah-olah terdengar dengan telinganya. 

Inilah salah satu jalan @wadah bagi menghasilkan makam IHSAN yang disyariatkan dalam islam seperti dalam hadis:





أن تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك‏‏

" Maksudnya: Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.  "

Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kpd dr dan shbt2 yg lain. Sama2 kita amalkan. ^_^

"Syukran Ya ALLAH"
Waallahua'lam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails