Showing posts with label Amalan Diri. Show all posts
Showing posts with label Amalan Diri. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Pak Su Hamid Gunung ke As-Syatirie, Sg Dedap, Yan Kedah. ^^

JOM ke Ma'had As-Syatiri, Sg Dedap, Yan Kedah untuk sama-sama kita menadah ilmu dari seorang hamba Allah yang penuh tawaduk dalam diri, amat tinggi ilmunya, lagi mulia adabnya.. Pak Su Hamid, Kelantan (Poksu Mid Gunung).

Wednesday, May 11, 2011

Pantun untuk orang yang MALAS solat..

Assalamualaikum, terpegun apabila membaca "post" daripada sahabat blogger tadi. Pantun ini disediakan khas untuk manusia yang malas dan sengaja meninggalkan solat..

Special for "you":-


56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.                         (az-Zariyat:56)


45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
(al-Ankabut:45)

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang dan malam..

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 10 minit, setiap satu waktu pun tak boleh luang.


Kenapa aku malas sembahyang,
Allah beri otak supaya tak bangang,
Allah beri ilmu untuk fikir susah dan senang,
Allah beri nikmat kenapa aku tak kenang. 

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga boleh hutang??

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku mesti ingat umur kita bukan panjang,
pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Kenapa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah tiada siapa boleh halang.  


Nauzubillahi min zalik, semoga kita dijauhkan daripada tergolong dengan manusia-manusia yang malas dan meninggalkan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah diri daripada perkara yang keji dan mungkar. Hayati bersama. Wallahualam..


"Syukran Ya ALLAH"


Tuesday, December 14, 2010

BAGAIMANA SOLAT KITA?

Salam berblogging..
Hari ni  baru terasa nak menulis, walaupun penyakit malas ni selalu datang, tapi tak boleh jadi dan tak boleh biar. Sekarang ni dalam proses nak siapkan sajak, cuti-cuti ni kena belajar buat sajak sebab cikgu kat sini minta tolong buat, kalau rajin. Walaupun tak pernah buat pun sebelum ni, rupa-rupanya seronok juga belajar tulis sajak ni kan. Sebab macam-macam kita boleh fikir, macam-macam kita boleh tulis, tapi belum tau lagi bila boleh siap, lepas tu baru boleh periksa. Semoga Allah merahmati cikgu.

Nasihat untuk diri...
Kadang-kadang bila kita bercakap mengenai solat, rupa-rupanya banyak lagi yang kita terlepas pandang. Kita solat, tapi tak tau solat tu apa, tujuan solat, bila solat disyariatkan, kepada siapa disyariatkan, dimana disyariatkan solat dan bagaimana nak solat. Selalu terlupa dan terlepas pandang perkara-perkara macam ni, walaupun sekurang-kurangnya manusia ni solat 5 kali sehari. Cuba kita check dan muhasabah diri masing-masing. Sebab tu solat kita tak dapat nak hindarkan kita daripada buat perkara yg keji dan munkar. Sedangkan Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

"........ Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.........." 

2 rakaat waktu fajar menyinsing, 4 rakaat waktu gelincir matahari, 4 rakaat waktu matahari condong, 3 rakaat waktu matahari terbenam, dan 4 rakaat lagi ketika malam menjelang. Inilah solat-solat fardu yang telah Allah amanahkan pada setiap mukallaf.

Cuba kita kaji, rasa dan perhati. Mungkin solat kita yang selama ini kita rasak dah sempurna, rupa-rupanya masih terlalu banyak lagi kekurangannya. Dari sudut khusuknya solat seseorang kita, ikhlasnya kita, dan penyerahan diri kepada Allah. Kita solat, tapi masih lagi buat maksiat, masih lagi memutuskan silaturahim, saling membenci dan sebagainya.

Solat merupakan ibadah yang paling utama dalam islam kerana ia membezakan antara orang islam dengan orang kafir. Dalam solat, kita meluahkan segala-galanya pada Allah, kita berserah diri,  merasakan diri sebagai hamba, meletak harapan pada Allah serta menyerahkan jiwa dan raga kita padaNya. Persoalannya, adakah solat kita khusyuk, tawaduk dan berserah diri???? 

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 45 yg bermaksud:

"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"

Di awal surah Al-Mukminun:

"Sungguh beruntung orang yang beriman, iaitu orang yang khusyk dalam solatnya"

Kemanisan dalam solat ini kita boleh rasa jika benar-benar khusyuk, merasakan seolah-olah kita melupakan segala kenikmatan dunia untuk tunduk dan patuh kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Maksudnya, solat sesorang dinilai dari penghayatan jiwa yang penuh khusyuk, bukan hanya dari pelaksanaan gerak badan semata-mata. 

Huzaifah, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan; "Awasilah dari khusyuk yang bepura-pura" Bagaimana khusyuk yang berpura-pura? "Badannya dilihat khusyuk, tetapi hatinya tidak"

Imam Az-Zihabi menyatakan bahawa solat itu dapat melapangkan jiwa dan memadamkan api kemarahan. Ia menjadikan seseorang itu sabar, lapang dada serta dapat membantu berfikir dengan tenang. Semoga kita  bukan dalam golongan yg disebutkan oleh Allah dalam surah Al-Ma"un ayat 4-5:

"Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya" 

Sama-sama kita amalkan. Nasihat untuk diri yang jahil. Waallhualam..


"Syukran Ya ALLAH"

Friday, May 21, 2010

~Amalan Diri~







Assalamualaikum..
Post hari ni berkaitan dengan sebuah hadis qudsi yang berkaitan dengan salah satu kaedah @ jalan untuk mendapatkan khusyuk serta kesempurnaan dalam solat. Memang perlu sangat2 diamalkan setiap kali solat supaya tak lalai. Secara HAKIKATNYA mmg DIA yg bagi khusuk, tp, pada ZAHIRNYA, manusia perlu letakkan usaha pada diri sendiri dalam melakukan sesuatu. Hayati bersama..

 قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ولعبدي ما سأل

" Maksudnya: Telah aku bahagikan solat antara aku dan hambaku dengan dua bahagian dan bagi hambaku akan apa yang ia minta. "

Hadis:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول : قال الله تعالى : قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ولعبدي ما سأل ، فإذا قال العبد : الحمد لله رب العالمين ، قال الله تعالى : حمدني عبدي ، وإذا قال : الرحمن الرحيم ، قال الله تعالى : أثنى علي عبدي ، وإذا قال : مالك يوم الدين ، قال : مجدني عبدي ، وقال مرة : فوض إلي عبدي ، فإذا قال : إياك نعبد وإياك نستعين ، قال : هذا بيني وبين عبدي ولعبدي ما سأل ، فإذا قال : اهدنا الصراط المستقيم ، صراط الذين أنعمت عليهم ، غير المغضوب عليهم ولا الضالين ، قال : هذا لعبدي ولعبدي ما سأل

(في رواية : ( قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ، فنصفها لي ونصفها لعبدي 







Apabila membaca seorang hamba
Nescaya dijawab oleh Allah
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
حمدني عبدي
(Hambaku telah
memujiku)
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
أثنى علي عبدي
(Hambaku telah menyucikan zatku)
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
مجدني عبدي
(Hambaku telah membesarkanku)
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
هذا بيني وبين عبدي ولعبدي ما سأل
(Ini antaraku dan hambaku, dan bagi hambaku apa sahaja yang ia minta)
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
هذا لعبدي ولعبدي ما سأل
(Ini bagi hambaku dan baginya, akan apa sahaja yang ia minta)


Maka patutlah bagi setiap hamba yang solat untuk memerhatikan jawapan ini seolah-olah terdengar dengan telinganya. 

Inilah salah satu jalan @wadah bagi menghasilkan makam IHSAN yang disyariatkan dalam islam seperti dalam hadis:





أن تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك‏‏

" Maksudnya: Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.  "

Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kpd dr dan shbt2 yg lain. Sama2 kita amalkan. ^_^

"Syukran Ya ALLAH"
Waallahua'lam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails