Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Tauladan Untuk Suami dan Isteri


Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk berunding mengenai pembahagian harta sepencarian antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak.

Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Si Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, jumlahnya menjadi 4 orang anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga bertanya, :

"Apakah Kalian tidak berjaya menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Si Suami lalu menjawab : "Tuhan Maha Pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!". 

Allahuakbar..betapa besarnya rahmatMu!!

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan.. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri.

2. Mampu mengendalikan marah adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya. 

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas iaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Kerana pertengkaran itu
seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan. 

Syukran Ya ALLAH

Monday, May 17, 2010

-> Pencarian <-

Assalamualaikum..

Pagi ni aku berjaya mencari sesuatu yg tersimpan lama kat dlm laptop ak ni. Cerita dibwh ni adlh copy-paste yg diemail oleh sahabat2 yahoo groups. Semoga kalian sentiasa diberkatiNYA.
~Pesanan untuk diri dan sahabat yg sentiasa bertanya~



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru dan seorang pelajarnya.

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting, sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ye, itu lah cinta.

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong.

Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan. Janganlah terlalu memilih, kerana tiada manusia yang sempurna.

~Barakallahu Lakuma wa Baraka Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma fi Khair~

Exam Days: 18-19, 26 and 27 May 2010. (PPISMP)

Kepada semua sahabat di IPGKP dan IPG di seluruh Msia: (Najah fil Imtihan)

Friday, March 26, 2010

Apabila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Salamun'alaik.

Ada seorang pemuda Arab yang baru selesai pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terkejut ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat diwajahmu."                                               
                                    
                            
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda muslim itupun menerima pelawaan debat tersebut.                     
                                                      
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."                                     
                                                                    
Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"                         
                                                              
Si Paderi pun mulai bertanya,

(1)Sebutkan satu yang tiada duanya,
(2)dua yang   tiada tiganya,
(3)tiga yang tiada empatnya,
(4)empat yang tiada limanya,
(5)lima yang tiada enamnya,
(6)enam yang tiada tujuhnya,
(7)tujuh yang tiada lapannya,  
(8)lapan yang tiada sembilannya,
(9)sembilan yang tiada sepuluhnya,
(10)sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
(11)sebelas yang tiada dua belasnya,
(12)dua belas yang  tiada tiga belasnya,
(13)tiga belas yang tiada empat belasnya
                                                                
(14)Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
(15)Apa yang  dimaksud dengan kubur berjalan membawa isinya?
(16)Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
(17)Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
(18)Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

                                                                                                                            
(19)Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan    
siapakah yang terpelihara dari api?

(20)Siapakah yang tercipta dari batu,  siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
                                                                 
(21)Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
(22)Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?   

                                                            
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "BASMALAH ." dia berkata,          
                                                             
(1)Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t...                           
                                                              
(2)Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,  
 



12. dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) Dengan sejelas-jelasnya.     (Al-Isra’:12)


(3)Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Nabi Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.   
                                                                                        
(4)Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.       
                                                              
(5)Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.      
                                                                                 
(6)Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.                                                       
                                                                
(7)Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.  berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.
Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).                      
                                                                                   
(8)Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w..t. berfirman,
17. sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal Segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat Yang mengawal itu. (Al-Haaqah:17)
                                                                   
(9)Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa. Antaranya ialah:tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, katak, darah, kutu dan belalang.

(10)Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman,
160. sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (al-An’am:160)
                                                              
(11)Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.
                                                               
(12)Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,

60. dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".           (Al-Baqarah:60)
                                                               
(13)Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.  
                                                                                                    
(14)Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. "  (At-Takwir: 18).        
                                                                                             
(15)Kubur yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.     
                                                            
(16)Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara  Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,  sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat  barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu  semua.


" Dan ayah mereka Yaa’kub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu  kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha        
Penyayang." (Yusuf:98)     
      
                                                                                                  
(17)Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.  Allah s.w.t. berfirman,

19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".(Luqman:19)


(18)Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Soleh dan Kambing Nabi Ibrahim.     
                                                                            
(19)Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman,
"Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."  (Al-Anbiya': 69).               
                                                                                        
(20)Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Soleh, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).     
                                                                                                          
(21)Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.
 "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).             
                                                                               
(22)Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,  setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran  matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.       
                                                                                                  
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia menghentikan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan  ini disetujui oleh paderi.        
                      
                                                         
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"       
                                                                            
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.                                                           
                                                           
Mereka berkata, "Anda telah memberikan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!
                                                                     
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kamu marah."               
                                                                                                           
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "   
                                                               
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."
                                                                                           
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


SUBHANALLAH~
Wallahualam..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails