Showing posts with label Istimewa Buatmu. Show all posts
Showing posts with label Istimewa Buatmu. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Alhamdulillah..mabruk 'alaik..

Semalam result PMR keluar dah. Alhamdulillah, tahniah la adik, bila tengok slip result kau semalam (22/11/2011):

Bahasa Melayu         -A-
Bahasa Inggeris        -A-
Mathematics             -A-
Science                    -A-
Sejarah                     -A-
Geografi                   -A-  
KHB-Perdagangan   -A-
Pendidikan Islam       -A-
Bahasa Arab             -A-

9A's! Alhamdulillah, kau dah gembirakan hati abah dgn mak semalam dan antara 101 hamdianz yang dapat straight A tahun ni. Lepas ni buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan. We all always pray for you.

Think about the future

"Syukran Ya ALLAH"
menulis untuk anak-anakku...



Thursday, December 22, 2011

~Aku Tetap Menunggumu~


Wahai zaujahku, 
Aku mengerti di mana kamu, 
Kamu sedang letih berjuang, 
Kamu sedang lelah berdakwah,   
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.



Zaujahku,
Jagalah dirimu sebaiknya, berusahalah ke arah wanita solehah,
Walaupun aku tahu, hanya Allah sahaja yang berkuasa mengubah kita,
Tetapi kita masih perlu berusaha,
Kerana DIA tidak akan memberi tanpa adanya usaha.



Zaujahku,
Aku tidak tahu siapa kamu, 
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu, 
Kerana itu, aku tidak pernah memandang wanita lain, 
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan, 
Kerana semua itu hanya layak untukmu. 
Yang ada di sisiku ayat-ayat Cinta Allah iaitu AL-QURAN, Yang menjadi peganganku adalah SUNNAH RASUL,
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti. 



Zaujahku, 
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerana jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Perjalanan ini amat panjang,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku.

Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku, 
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah. 



Zaujahku,
Aku belum bersedia memandang fizikalmu, 
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu, 
Sebaliknya dengan pandangan dakwah, 
Kerana kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.
Kerana itu, 
Kita seharusnya bersedia zaujahku, 
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.



INSYA ALLAH,
zaujahku
adalah
 PEMILIK CINTAKU
SETELAH ALLAH, RASUL, & IBU BAPAKU

"Syukran Ya ALLAH"
menulis untuk anak-anakku...

Saturday, September 10, 2011

Kisah "Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar.."




Cintailah RASULULLAH wahai sahabat, cinta kepada baginda jangan sesekali diputuskan.
Perbanyakkan berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.

Ya Habibi Muhammad Rasulullah SAW,
Kami menanti syafaatMu disana.
Sungguh tabahnya hatiMu menanngung derita yang melanda,
Biarpun pedih, perit, dan tersiksa, namun kerana ummat kau tempuhi jua,
Kaulah segalanya contoh terbaik,
Akhlakmu tinggi, sifatmu sempurna pelengkap peribadi.
Kami merindui sinaran wajahmu...Ya RASULULLAH...

"Allahumma solii "ala Sayyidina Muhammad" 

"Syukran Ya ALLAH"

Thursday, July 7, 2011

Istimewa buatMU..Wahai muslimah..



Kadangkala, tika diri ini mengenangkan minda daripada berfikir perkara yg rumit ataupon merehatkan minda dari segala   kerja melelahkan, terlihatlah akan individu-individu yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan gambar-gambar mereka pada page mereka. Sehingga kini ana tidak faham mengapa mereka terlalu suka memamarkan wajah yang dianggap cantik. Tidak kiralah samada di Friendster, Myspace, Facebook, Blog mahupon Twitter sekalipun, serta bagi mereka yg menggunakan ym sebagai medium "chatting". Terbit rasa hairan di dalam hati ini, dimanakah perginya rasa segan dan malu mereka? Tidakkah terbit rasa malu dalam hati mereka? Wahai ALLAH, bantulah kami ke arah yang kau redhai..

Ada Apa Dengan Gambar?
Baiklah. mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik? Mungkin juga masing-masing sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang bakal diberitahu selepas ini. Semoga kalian dapat membuka pintu hati masing-masing tanpa dipaksa dan bersedia untuk menerima apa yg mahu perkatakan selepas ini.

Kita mulakan dengan persoalan. PERLUKAH diupload gambar untuk totonan umum? Mengapa?
1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai.

Kerana Gambarmu itu Begitu Berharga
Sedarlah wahai Muslimah, tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga? Adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata-mata untuk pandangan umum? Fahamilah hukum dan syariat Islam. Mungkin ramai yg bangga meletakkan gambar dengan niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya. Tapi niat sebenarnya, wallahua"lam.. Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim? 

Dikira 'beruntunglah' jika begitu. Tidak kurang juga yang hanya menjadi modal umpatan bg lelaki-lelaki yang mengenali kamu? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu? Jika kamu tahu, mungkin tidak mengupload gambar kamu di alam maya ini.

Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari. Tidakkah kamu ingat bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn mudah da boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dalam komputer sang lelaki. Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg memang mahukan kecantikan mereka ditunjuk2? INGAT!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba-tiba terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya. Adakah ketika itu kamu mampu lagi berbangga? Apa yang mampu anda lakukan ketika itu? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri.



Muslimah Dan Gambar
Bukan tujuan untuk mengutuk, menghentam atau menghina sesiapa, tetapi ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah-wajahmu menjadi tontonan umum. Tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang-wenangnyanya di alam maya. Meskipun muslimah sudah lengkap menutup auratmu, namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat .

Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki? Perosak ketaqwaan seorang Muslim? Dan lebih teruk lagi menjadi Mata Panah Syaitan.
Sedarlah muslimah sudah tiba masanya kalian sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali-kali oleh mereka yang benar-benar layak sahaja. Tidak perlulah berbangga dgn apa yang telah Allah anugerahkan kepadamu dgn menggunakanya sebagai Mata Panahan kpd syaitan.. Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dari alam maya ini dgn seribu satu alasan,  hanya satu pesan dari diri ini. BERHATI-HATILAH!!

PETIKAN DARI AURATKU MARUAHKU..



Ya Rahim, bukalah pintu hati kami. Jangan kau sesatkan kami ke jalan kau kau murkai..

"Syukran Ya ALLAH"

Sunday, May 9, 2010

"Buatmu Ibu"

-aeman-
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

 TERIMA KASIH kerana mengandung, melahirkan, membesarkan, mendidik dan menjaga anak2 mak bertiga ni.sampai saat ni. Selama ni kami jd anak2 yg banyak buat slh, x dgr kata, x dgr nasihat, yg pernah tinggikn suara kt mak..Kdg2 mak sedih dgn perangai anak2 mak ni, tp mak pendam, mak cuba x nk marah.mak x nak ktorg sedih.

Kami dh jd anak derhaka mak, AMPUNKAN KAMI, kerana syurga kami terletak kt bwh kaki mak.redhakan segala yg kami lakukan. Halalkan makan minum kami. DOAKAN kesejahteraan aki, abg, dan adik . Doamu sgt2 makbul, yg terus smpi kpdNYA tanpa hijab.

~JASAMU TAK MUNGKIN DAPAT KAMI BALAS~
Syukran Ya ALLAH kerana mengurniakanku seorg ibu yg sbr dan sgt2 memahami anak2nya. Selamatkan ibuku dari api neraka. Rahmati dan limpahkan hidayahMU kpdnya.
TERIMA KASIH MAK.

"Rasanya mcm bru smlm aki peluk mak, cium mak, salam tgn mak"..kn..
"SELAMAT HARI IBU"
teristimewa buatmu..dr anakmu


 رب اغفر لي ولوالدي رب ارحمهما كما ربياني صغيرا


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails