Tuesday, December 14, 2010

BAGAIMANA SOLAT KITA?

Salam berblogging..
Hari ni  baru terasa nak menulis, walaupun penyakit malas ni selalu datang, tapi tak boleh jadi dan tak boleh biar. Sekarang ni dalam proses nak siapkan sajak, cuti-cuti ni kena belajar buat sajak sebab cikgu kat sini minta tolong buat, kalau rajin. Walaupun tak pernah buat pun sebelum ni, rupa-rupanya seronok juga belajar tulis sajak ni kan. Sebab macam-macam kita boleh fikir, macam-macam kita boleh tulis, tapi belum tau lagi bila boleh siap, lepas tu baru boleh periksa. Semoga Allah merahmati cikgu.

Nasihat untuk diri...
Kadang-kadang bila kita bercakap mengenai solat, rupa-rupanya banyak lagi yang kita terlepas pandang. Kita solat, tapi tak tau solat tu apa, tujuan solat, bila solat disyariatkan, kepada siapa disyariatkan, dimana disyariatkan solat dan bagaimana nak solat. Selalu terlupa dan terlepas pandang perkara-perkara macam ni, walaupun sekurang-kurangnya manusia ni solat 5 kali sehari. Cuba kita check dan muhasabah diri masing-masing. Sebab tu solat kita tak dapat nak hindarkan kita daripada buat perkara yg keji dan munkar. Sedangkan Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

"........ Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.........." 

2 rakaat waktu fajar menyinsing, 4 rakaat waktu gelincir matahari, 4 rakaat waktu matahari condong, 3 rakaat waktu matahari terbenam, dan 4 rakaat lagi ketika malam menjelang. Inilah solat-solat fardu yang telah Allah amanahkan pada setiap mukallaf.

Cuba kita kaji, rasa dan perhati. Mungkin solat kita yang selama ini kita rasak dah sempurna, rupa-rupanya masih terlalu banyak lagi kekurangannya. Dari sudut khusuknya solat seseorang kita, ikhlasnya kita, dan penyerahan diri kepada Allah. Kita solat, tapi masih lagi buat maksiat, masih lagi memutuskan silaturahim, saling membenci dan sebagainya.

Solat merupakan ibadah yang paling utama dalam islam kerana ia membezakan antara orang islam dengan orang kafir. Dalam solat, kita meluahkan segala-galanya pada Allah, kita berserah diri,  merasakan diri sebagai hamba, meletak harapan pada Allah serta menyerahkan jiwa dan raga kita padaNya. Persoalannya, adakah solat kita khusyuk, tawaduk dan berserah diri???? 

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 45 yg bermaksud:

"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"

Di awal surah Al-Mukminun:

"Sungguh beruntung orang yang beriman, iaitu orang yang khusyk dalam solatnya"

Kemanisan dalam solat ini kita boleh rasa jika benar-benar khusyuk, merasakan seolah-olah kita melupakan segala kenikmatan dunia untuk tunduk dan patuh kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Maksudnya, solat sesorang dinilai dari penghayatan jiwa yang penuh khusyuk, bukan hanya dari pelaksanaan gerak badan semata-mata. 

Huzaifah, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan; "Awasilah dari khusyuk yang bepura-pura" Bagaimana khusyuk yang berpura-pura? "Badannya dilihat khusyuk, tetapi hatinya tidak"

Imam Az-Zihabi menyatakan bahawa solat itu dapat melapangkan jiwa dan memadamkan api kemarahan. Ia menjadikan seseorang itu sabar, lapang dada serta dapat membantu berfikir dengan tenang. Semoga kita  bukan dalam golongan yg disebutkan oleh Allah dalam surah Al-Ma"un ayat 4-5:

"Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya" 

Sama-sama kita amalkan. Nasihat untuk diri yang jahil. Waallhualam..


"Syukran Ya ALLAH"

2 comments:

  1. 1 lg yg kte blaja dr ustzh...
    sblm salam blh juga bace ni...ustazah sruh amalkan...
    Ya muqollibal quluub, tsabbit qolbii ‘alaa diinik..
    saje nk brkongsi...=)

    ReplyDelete
  2. ooo..ustzh prnah bgtau dlm klas ke..
    xprasan plak..
    tq 4 the info..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails