Saturday, August 4, 2012

(Seram!) Gadis Pertikai Hukum Allah Dibalas Serta Merta



Sebagai seorang hamba Allah, kita perlu tahu bahawa kita adalah insan yang lemah dicipta oleh Allah SWT. Maka jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka Dia akan berikan kepada siapa yang dikehendakinya. Di bawah ini terdapat sebuah kisah yang melibatkan seorang gadis. Gadis ini mempunyai imej yang bukan seperti seorang Islam. Ikuti kisah apakah yang menyebabkan gadis ini diberi balasan oleh Allah SWT.

" Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. "

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

"Syukran Ya ALLAH"

Tuesday, June 19, 2012

Kuliah Perdana @MATIN..

Jom sama-sama kita luangkan nikmat masa yang Tuhan kurniakan untuk hadir ke salah satu taman syurga. Beruntunglah orang yang dapat berada di dalamnya, kerana Malaikat serta segala makhluk yang berada di dunia ini sentiasa mendoakan keampunan untuknya, dan rugilah orang yang tidak mencuri peluang untuk berada di dalamnya kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia semata-mata.



Fastabiqul khairat..ambillah dunia hanya sekadarnya, kejarlah akhirat yang kekal selamanya ^^


"شكرا يا الله"

IKHWAN MUSLIMIN menang pilihan raya! Alhamdulillah.. Takbir!!!











"Syukran Ya ALLAH"





Friday, June 8, 2012

Remember it!!


Salam mahabbah buat sahabat-sahabat semua. Bila dah bersawang blog ni, baru terasa nak bersihkan balik. Mungkin sebab dah lama tak menaip kat depan “compaQ” ni. Kali terakhir mungkin musim exam dengan musim assignment. Time tu memang tak lekang dengan “compaQ” ni. Sebagai kenangan yang untuk aku pahatkan dalam diri, ini adalah tarikh-tarikh penting yang pasti akan diingat seumur hidup:

# 31 Mei – Tarikh lahir seorang pemimpin rumah tangga yang amat aku hormati, Abi.
# 10 Mac – Dilahirkan seorang insan yang amat penyayang, umi.
# 10 Jan – Seorang yang amat kuat dan rajin berusaha. Abang.
# 11 Sept – ^^
# 21 Mac – Din. Lahirnya seorang budak kecil 3 tahun selepas aku.
   10 + 11 = 21 (3 brothers)

Tambah lagi dengan dua tarikh kat bawah ni:-

1 April 2012 :- Peristiwa yang amat besar dan tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata, hanya Allah yang tahu. Berlaku dalam pukul 1-3 petang @D105, IPPerlis. Bila dikenangkan balik, pasti air mata ni nak mengalir, sampai hari ni. Orang kata ibarat titis-titis dari langit. Subhanallah, besarnya RahmatMu Ya Rabb. 

6 Jun 2012 :-  Kisah kali ni berlaku antara 1-3 pagi @HomE. Satu pagi yang mengajarku erti TAWAKAL yang sebenar dalam hidup. Mengharap padaMu, Allah.  Mungkin inilah satu cara untuk mematangkan ilmu yang ada. J&T.  Tetap akan dikenang sepanjang hidup.  

Wahai Tuhan yang memberi Nikmat, biarlkanlah ia menjadi suatu yang indah dalam hidupku.   

"Syukran Ya ALLAH"

Tuesday, May 22, 2012

Fadhilat Bulan REJAB: Antara realiti & fantasi.


Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?


Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi ‘cut & paste’ dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad’il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya’ir dibawah ini:

Rejab bulan menabur benih
Sya’ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya’ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya’ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya’ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya’ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

more... http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/17/fadhilat-rejab-antara-realiti-dan-fantasi/

"Syukran Ya ALLAH"

Thursday, May 10, 2012

Lagi Kebesaran ALLAH..SUBHANALLAH!!





"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak tembus" (Al-Furqan:53)

Benarlah keajaiban yang berlaku. Terbuktilah kajian yang dibuat oleh para pengkaji alam, terutamanya ahli saintis. Kajian yang berkaitan dengan tiada pencampuran antara air laut dengan air sungai. Kedua-duanya tidak pernah bercampur sedikitpun walaupun bertemu antara satu sama lain. Sifat air laut yang masin dan air sungai yang tawar tidak pernah berubah.


Tidak dipisahkan dengan sebarang dinding mahupun tembok yang besar. Maha suci ALLAH yang menciptakan sesuatu tanpa sebarang masalah. Ilmu ALLAH tiada terbatas kerana DIALAH yang menjadikan ilmu. Dialah yang menciptakan makhluk. Segala-galanya tunduk dan patuh kepadaNYA. 
 
 

Makhluk sebesar lautan pun sentiasa patuh kepada arahan dan suruhan tuhan yang Esa, maka muhasabah diri kita sebagai insan yang terlalu kerdil, yang masih menentang dan melawan suruhan ALLAH swt. SUBHANALLAH!


"Syukran Ya ALLAH"

MUHASABAH PAGI~

Monday, May 7, 2012

Tempat berwuduk yang CANGGIH..

Hadis Saidina Othman bin Affan r.a: Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Saidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. 

Kemudian Saidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia menunaikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.


wujud ke tempat wuduk macam ni? mungkin ada mungkin xda, tp xmustahil kalau ia wujud. ^^
 
"Syukran Ya ALLAH"

Thursday, April 19, 2012

LaGi-- Petua Cara Tidur Rasulullah s.a.w.


SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kg tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kg tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah SWT janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul (al-ikhlas, al-falaq, an-nas).  tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6 .Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.  Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai "night cream" sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
INSYAALLAH, AMAL & SEBAR-SEBARKAN.

"Syukran Ya ALLAH" 

Saturday, April 14, 2012

Antara Sunnah Rasulullah yang perlu DIAMALKAN..

Sekadar perkongsian pada pagi yang nyaman..Moga bermanfaat untuk semua..
JOM kita AMALkan sama-sama sebagai tanda sayang dan rindu kita pada Habibuna Rasulullah s.a.w.










 "Syukran Ya ALLAH"


Saturday, April 7, 2012

Antara Amalan Mulia yang RinGaN, tp kian dilupakan ~SEDEKAH~

Diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Ahmad:

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung. Dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya.

“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?”

Allah menjawab, “Ada, iaitu besi.”

(Kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi).

Para malaikat bertanya lagi,

“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?”

Allah yang Maha Suci menjawab, “Ada, iaitu api.”

(Besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api).

Para malaikat kembali bertanya,

“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?”

Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada, iaitu air.”

(Api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air).

Para malaikat pun bertanya kembali,

“Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, “Ada iaitu angin.”

(Air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi,

“Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain. Subhanallah.

Sunday, April 1, 2012

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sedang menjalani pembedahan jantung..


Salamun "alaik..shbt2..
Doakan kesejahteraan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang sedang menjalani rawatan pembedahan jantunG di STANFORD HOSPITAL CALIFORNIA, USA..
Mari kita sama2 berdoa akan kesejahteraan beliau agar selamat menjalani pembedahan dan dipanjangkan umur oleh ALLAH s.w.t.

Sesungguhnya kerana adanya para ULAMA lah rahmat ALLAH sentiasa turun pada kita. Kita hanya menumpang rahmat dan barakah mereka.. (kalam al-fadhil Ustaz Yusainie, Mudir Pondok MATIN)

Wahai ALLAH, Tuhan yang menciptakan segala penyakit, semubuhkanlah penyakit hambaMu ini. Moga dengan kesihatan yang Engkau berkan kepadanya, dapat beliau terus memberikan jasa bakti kepada seluruh Ummah..

"Syukran Ya ALLAH"






Thursday, March 29, 2012

Pak Su Hamid Gunung ke As-Syatirie, Sg Dedap, Yan Kedah. ^^

JOM ke Ma'had As-Syatiri, Sg Dedap, Yan Kedah untuk sama-sama kita menadah ilmu dari seorang hamba Allah yang penuh tawaduk dalam diri, amat tinggi ilmunya, lagi mulia adabnya.. Pak Su Hamid, Kelantan (Poksu Mid Gunung).

Sunday, March 4, 2012

Kitab Injil berusia 1,500 tahun ditemui ..

KITAB INJIL berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki
& dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.
 
 
ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.  Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000.Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Sumber: Berita Harian
 
"Syukran Ya ALLAH"

Antara bukti kekuasaan Allah! Syoknya Kawin!!



Maha suci Allah yang menciptakan semuanya BERPASAnG-PASANGAN, baik apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui. (Yasin:36)

Syoknya kawin!! ^^

"Syukran Ya ALLAH"

Saturday, March 3, 2012

3 MAC 1924- Mengenang Kembali 88 tahun Sejarah Hitam Umat Islam..

 
Gambar ini merupakan Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.
Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924. Secara rasminya sudah 88 tahun peristiwa ini berlaku.
Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah. Lihatlah, betapa angkuhnya mereka.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat. Kini, umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia?? Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia pada ketika ini?
"Syukran Ya ALLAH"

Monday, January 16, 2012

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat Syeikh Haji Mat Isa Ahmad Waliyullah (Pak Teh Mad Isa Mahang)


Pak Teh Mat Isa Mahang, Kulim, Kedah telah pun kembali ke Rahmatullah. 
Beliau merupakan Mursyid Tarekat Syatariah (aliran Sufi). Arif Billah yang sukar dicari ganti .
11 Januari 2012 jam 10.40 malam beliau telah pun kembali ke rahmatullah.
Moga keikhlasanmu memperjuangkan agama Allah menjadi contoh pada semua manusia.

Sunday, January 15, 2012

L.A.Y.A.N ^_^


akan ku bimbingmu sekadar yang kutermampu,
menyemai iman dan menuai taqwa,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails