Gambar ini merupakan Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan
Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.
Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal
Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama
Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924. Secara rasminya sudah 88 tahun peristiwa ini berlaku.
Kamal telah
memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya
meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera
dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki
kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.
Atartuk
kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka
keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua
sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam
dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang
sekular dilaksanakan sepenuhnya.
Akhirnya impian British dan
Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang
terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa
Kamal laknatullah. Lihatlah, betapa angkuhnya mereka.
Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi
satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin
yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat. Kini, umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria,
Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di
seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia?? Rata-rata
umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju
perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat
daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).
Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan
dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia pada ketika ini?
"Syukran Ya ALLAH"
mohon share..lma x buat entri agama dlm TM.. =)
ReplyDeletesila2..apabila tinta mlm sudah mula berbicara..
Delete"Malam yang mendamaikan...menemaniku menulis secebis warkah..."
ble ko nak dodo?
ReplyDeletebila Anonymous nak letak nme sndri?
Delete