Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab
mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana
berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera
Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah
berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang
juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara
terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh
penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat
beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku
kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran
menjelang bulan Rejab.
Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg
di forwardkan mengandungi ‘cut & paste’ dari fadilat-fadilat Rejab
yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad’il (fadilat-fadilat)
inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk
melakukan ibadat sunat.
Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam
budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya’ir dibawah ini:
Rejab bulan menabur benih
Sya’ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
Sya’ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya’ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Sya’ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
Sya’ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala
more... http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/17/fadhilat-rejab-antara-realiti-dan-fantasi/
"Syukran Ya ALLAH"
terima kasih atas perkongsian... done follow -
ReplyDeleteNoob
sama2..tQ..
ReplyDeletefollow back