KITAB INJIL berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki
& dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.
ANKARA:
Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan
Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican
apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan
meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12
tahun lalu.
Menteri
Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar
Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu
mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun
Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan
diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan
pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam
Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea
Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai
kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam
satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi:
Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama
diberkati.
Dalam
satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat
sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa
Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut
laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah
Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew,
Luke dan John. Saint
Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan
seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay
berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan
dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan
bahasa Hebrew).
Beliau
berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang
ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000.Kumpulan samseng
dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia
dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium
Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat
tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2
juta).
Bagaimanapun,
keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul.
Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari
abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama
sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi
Sumber: Berita Harian
"Syukran Ya ALLAH"
No comments:
Post a Comment