1 Disember 2011, Khamis
Hari ini kami nak jelajah tentang sejarah New Zealand yang dikenali dengan tarian Hakka, dalam sukan Rugbi All Blacks. Aukland merupakan ibu negeri New Zealand pada suatu ketika dahulu dan kini digantikan dengan Wellington.
Kami menaiki bas untuk ke Muzium Aukland pagi ni.
sempat singgah di taman bunga dulu..
salad yang ditanam secara komersil..
Aukland Museum...
Orang new zealand asalnya dari negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Sebab tu kalau kita lihat penduduk asalnya macam orang Malaysia. MAURI!!
rumah Mauri yang dihiasi dengan berhala-berhala
baca sejarah-sejarah Mauri..
Lepas ke Muzium, kami kembali ke bandar Aukland, sebabnya dah lapar..kami ke sana untuk makan. Di sini ada juga tempat yang menjual makanan halal. Antaranya MidCity Kebab & Noora's..joM tengok kami makan apa..
Nasi Arab..like it
Hari 8 (Aukland- Wellington)
2 Disember 2011, Jumaat
Setelah dua hari di Aukland, kami akan kembali ke Wellington. Kali ini dengan menaiki keretapi ke sana. Perjalanan ke Wellington biasanya ambil masa 12 jam. Hmm..macam naik keretapi KTMB Arau ke KL pulak. Keretapi bertolak tepat jam 7.30 pagi.
Gunung yang masih diliputi salji
Sungai mengalir
Kami tiba di Wellington pada jam 6.00 petang dan terus solat di masjid. Malam ni kami bersiar-siar di kawasan bandar Wellington yang sangat meriah dengan penduduk disana. Kali ini, Cafe Baba menjadi mangsa kami..=)
Diet!!
Hari 9 (Wellington) -PENGALAMAN GEMPA BUMI-
3 Disember 2011, Sabtu
Orang kata, dah sampai sini, jangan lupa beli "Corelle". Patut pun, rupa-rupanya memang murah kat sini. Selalunya kat Malaysia harga "Corelle" sampai RM 500. Memang jauh beza. Pagi-pagi lagi kami dh shopping benda ni.
minat wanita-wanita dunia termasuklah my mum
watak-watak dalam TLOTR
Don't touch!
Dinner kami di rumah salah seorang rakyat Malaysia yang kami panggil brother Azam. Kami dihidangkan dengan macam-macam makanan. Belum sempat pun nak jamah makanan, tiba-tiba seluruh rumah berGEGAR. Lantai, bumbung seolah-olah nak jatuh atas kepala je, tapi, Alhamdulillah, semua selamat. Takde sebarang runtuhan berlaku. Gempa kali ini memang tak berapa kuat. Hanya 5.8 skala richter dengan kedalaman 30km dari bumi. Biasanya gempa yang kita tengok dalam tv tu sampai musnah harta benda tu dalam 7.0 skala ke atas dengan kedalaman kurang 10km dari dalam tanah. Alhamdulillah, semua selamat.
to be continue......
"Syukran Ya ALLAH"
menulis untuk anak-anakku..
No comments:
Post a Comment