28 November 2011, Isnin
Pagi di Queenstown depan Cabin
Alhamdulillah, sekali lagi Allah izinkan kami terus hidup. Kami check-out dari Cabin dan bercadang untuk terus ke Dunedin, antara bandar yang terletak di "South Island" dalam peta New Zealand. Goodbye Queenstown!Dalam perjalanan, kami singgah di Bungy Place, tempat "bunuh diri". Bayangkan terjun 43 m dari atas, huuuh!!..ketar rasanya lutut kami tengok orang ber"bungy" ni..
"Hati kering betullah manusia ni"
Sebelum tu, perjalanan kami terbantut sebab ada batu runtuh di hadapan jalan yang kami lalui, batu dari atas kawasan pergunungan. Kalau kat Malaysia biasanya tanah runtuh. Bahaya..namun, syukur pada ALLAH, semuanya berjalan lancar.
Kami singgah di "Cheesery Valley", tempat pembuatan cheese di NZ ni..
Di Cromwell, Alexandra dan Roxburgh, kami terserempak dengan ramai rakyat Malaysia yang juga bercuti di sini. 4 jam perjalanan, barulah kami sampai di Dunedin.
Antara tempat yang sempat kami lawat hari ni:
tak sah kalau tak singgah disini
the steepest street in the world..berani?? Cubalah!
Apa yang menambah kegembiraan kami, kami dapat ke Dunedin Islamic Centre. Walaupun penduduk di sini majoritinya bukan Islam, wujud juga sebuah masjid. Ianya taklah sebesar di Malaysia, hanyalah sebesar sebuah rumah. Pelajar-pelajar muslim menjadikan DIC ni sebagai tempat berkumpul dan melakukan aktiviti.Hari ke-4 kami berakhir disini, hari ini agak meletihkan, jadi kami bercadang tidur awal. Sambung lagi esok. Banyak lagi tempat nak jalan-jalan esok.
Hari 5 (Dunedin-Otago Peninsula)
29 November 2011, Selasa
Pagi-pagi lagi kami dah bangun sebab Subuh di sini pkl 4.30. Hari ni kami akan ke Otago Peninsula, tempat paling selatan di sini, untuk melihat Penguin dan burung Albatross. Apa yang menarik pasal burung ni?
Kepak panjang
Otago- Sejuk sangat rasanya di sini. Rupa-rupanya angin yang datang adalah daripada benua antartika. New zealand merupakan antara negara yang paling hampir dengan benua antartika selain Argentina. Sejuuukkkkkk!!!!
Seal ligat bermain
Tepat jam 5.30 ptg, kami makan malam di "The Rainforest", satu-satunya restoran Malaysia di Dunedin ni.
Rojak+nasi goreng kampung+mee goreng mamak
Night @Aukland with SkyTower
Hari 6 (Dunedin-Aukland)30 November 2011, Rabu
Hari ni kami bersiar-siar di bandar Aukland. bila tengok bandar ni, teringat dengan kesibukan bandar KL. Aukland lebih panas dari tempat-tempat lain, suhunya lebih kurang 22 degree, yang tertinggi setakat kami di NZ ni. Kalau belajar geografi dulu, cikgu Radziah selalu sebut pasal Pulan Haba. Mungkin inilah salah satu Pulau Haba yang cikgu sebut dulu, berlaku sebab kerakusan manusia. ^_^
pengangkutan kami sepanjang 2 hari di sini "free city link"
shopping jgn tak shopping..
terbaik!!
to be continue......
"Syukran Ya ALLAH"
menulis untuk anak-anakku..
whoaa..bestnya zack..beruntungla bleh p tmpat2 mcm tu..x pa la, pasni klu nk p, ngko kna jd tourist guide laa pulak..
ReplyDelete