Thursday, December 22, 2011

~Aku Tetap Menunggumu~


Wahai zaujahku, 
Aku mengerti di mana kamu, 
Kamu sedang letih berjuang, 
Kamu sedang lelah berdakwah,   
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.



Zaujahku,
Jagalah dirimu sebaiknya, berusahalah ke arah wanita solehah,
Walaupun aku tahu, hanya Allah sahaja yang berkuasa mengubah kita,
Tetapi kita masih perlu berusaha,
Kerana DIA tidak akan memberi tanpa adanya usaha.



Zaujahku,
Aku tidak tahu siapa kamu, 
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu, 
Kerana itu, aku tidak pernah memandang wanita lain, 
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan, 
Kerana semua itu hanya layak untukmu. 
Yang ada di sisiku ayat-ayat Cinta Allah iaitu AL-QURAN, Yang menjadi peganganku adalah SUNNAH RASUL,
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti. 



Zaujahku, 
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerana jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Perjalanan ini amat panjang,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku.

Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku, 
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah. 



Zaujahku,
Aku belum bersedia memandang fizikalmu, 
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu, 
Sebaliknya dengan pandangan dakwah, 
Kerana kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.
Kerana itu, 
Kita seharusnya bersedia zaujahku, 
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.



INSYA ALLAH,
zaujahku
adalah
 PEMILIK CINTAKU
SETELAH ALLAH, RASUL, & IBU BAPAKU

"Syukran Ya ALLAH"
menulis untuk anak-anakku...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails