Friday, December 30, 2011

Here we come..ALL BLACKS!! (Last)

Hari ke-10, (Wellington-Palmerston North)
4 Disember 2011, Ahad

Kami ke Lavender's Farm..

Lavender
Produk-produk yang terhasil
Kami sempat juga P.Y.O @Strawberry farm, macam kat Cameron..

Hasilnya!!

Lepas tu kami ke, Wind Farm, nak tengok turbine yang menjadi punca utama pertanian kat seluruh NZ ni..

Benda ni ada 55 buah..setiap satu 70m tinggi.."berharap" pada angin untuk berfungsi.

Kenal ni tak? Inilah Lamma @ Alpaca

Malam ni kami makan di Satay Kajang Restaurant, famous juga Kajang ni kan, sampai ke NZ..hehe. 

rindu kat kuewtiaw malaysia..

Hari ke-11, (Wellington)
5 Disember 2011, Isnin



Inilah tujuan sebenar kami ke NZ ni..
VICTORIA UNIVERSITY

Sempat lagi kami singgah:-

Bukit bendera pun ada..=)

Tempat terakhir yang kami lawat..
the Largest Squid in the World yg ada dalam Museum

Hari ke-12, (Wellington-Christurch-Kuala Lumpur)
6 Disember 2011, Selasa

Sedihnya, hari ni hari terakhir di NZ. Kami ambil flight untuk ke Christurch pukul 10.30 pagi. Tiba di Christurch, kami terus check-in untuk flight Air Asia ke kL. Kami bertolak dari jam 4.10 ptg dan sampai di kL jam 10.30 mlm. WELCOME MALAYSIA!!

tQ AirAsia kerana merealisasikan impian kami..hehe
Now EveryOne Can Fly

"Syukran Ya ALLAH"
menulis untuk anak-anakku..


Here we come..ALL BLACKS!! (Part 3)

Hari 7 (Aukland City)
1 Disember 2011, Khamis


Hari ini kami nak jelajah tentang sejarah New Zealand yang dikenali dengan tarian Hakka, dalam sukan Rugbi All Blacks. Aukland merupakan ibu negeri New Zealand pada suatu ketika dahulu dan kini digantikan dengan Wellington. 


Kami menaiki bas untuk ke Muzium Aukland pagi ni.


sempat singgah di taman bunga dulu..
salad yang ditanam secara komersil..

Aukland Museum...

Orang new zealand asalnya dari negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Sebab tu kalau kita lihat penduduk asalnya macam orang Malaysia. MAURI!!
rumah Mauri yang dihiasi dengan berhala-berhala
baca sejarah-sejarah Mauri..

Lepas ke Muzium, kami kembali ke bandar Aukland, sebabnya dah lapar..kami ke sana untuk makan. Di sini ada juga tempat yang menjual makanan halal. Antaranya MidCity Kebab & Noora's..joM tengok kami makan apa.. 

Nasi Arab..like it


Hari 8 (Aukland- Wellington)
2 Disember 2011, Jumaat


Setelah dua hari di Aukland, kami akan kembali ke Wellington. Kali ini dengan menaiki keretapi ke sana. Perjalanan ke Wellington biasanya ambil masa 12 jam. Hmm..macam naik keretapi KTMB Arau ke KL pulak. Keretapi bertolak tepat jam 7.30 pagi.




Kami melalui 3 stesen sebelum sampai ke Wellington, iaitu Hamilton, National Park dan Palmerston North.  
Gunung yang masih diliputi salji



Sungai mengalir

Kami tiba di Wellington pada jam 6.00 petang dan terus solat di masjid. Malam ni kami bersiar-siar di kawasan bandar Wellington yang sangat meriah dengan penduduk disana. Kali ini, Cafe Baba menjadi mangsa kami..=)

Diet!!

Hari 9 (Wellington) -PENGALAMAN GEMPA BUMI-
3 Disember 2011, Sabtu

Orang kata, dah sampai sini, jangan lupa beli "Corelle". Patut pun, rupa-rupanya memang murah kat sini. Selalunya kat Malaysia  harga "Corelle" sampai RM 500. Memang jauh beza. Pagi-pagi lagi kami dh shopping benda ni.
minat wanita-wanita dunia termasuklah my mum

Wellington terkenal kerana banyak produksi-produksi filem buat penggambaran disini, termasuklah The Lord of the Ring. 

watak-watak dalam TLOTR
Don't touch!

Dinner kami di rumah salah seorang rakyat Malaysia yang kami panggil brother Azam. Kami dihidangkan dengan macam-macam makanan. Belum sempat pun nak jamah makanan, tiba-tiba seluruh rumah berGEGAR. Lantai, bumbung seolah-olah nak jatuh atas kepala je, tapi, Alhamdulillah, semua selamat. Takde sebarang runtuhan berlaku. Gempa kali ini memang tak berapa kuat. Hanya 5.8 skala richter dengan kedalaman 30km dari bumi. Biasanya gempa yang kita tengok dalam tv tu sampai musnah harta benda tu dalam 7.0 skala ke atas dengan kedalaman kurang 10km dari dalam tanah. Alhamdulillah, semua selamat.

to be continue......

"Syukran Ya ALLAH"
menulis untuk anak-anakku..

Here we come..ALL BLACKS!! (Part 2)

Hari 4 (Queenstown-Cromwell-Alexandra-Roxburgh-Dunedin)
28 November 2011, Isnin
Pagi di Queenstown depan Cabin
Alhamdulillah, sekali lagi Allah izinkan kami terus hidup. Kami check-out dari Cabin dan bercadang untuk terus ke Dunedin, antara bandar yang terletak di "South Island" dalam peta New Zealand. Goodbye Queenstown!

Dalam perjalanan, kami singgah di Bungy Place, tempat "bunuh diri". Bayangkan terjun 43 m dari atas, huuuh!!..ketar rasanya lutut kami tengok orang ber"bungy" ni..
"Hati kering betullah manusia ni"  


Sebelum tu, perjalanan kami terbantut sebab ada batu runtuh di hadapan jalan yang kami lalui, batu dari atas kawasan pergunungan. Kalau kat Malaysia biasanya tanah runtuh. Bahaya..namun, syukur pada ALLAH, semuanya berjalan lancar.

Kami singgah di "Cheesery Valley", tempat pembuatan cheese di NZ ni..

Di Cromwell, Alexandra dan Roxburgh, kami terserempak dengan ramai rakyat Malaysia yang juga bercuti di sini. 4 jam perjalanan, barulah kami sampai di Dunedin.

Antara tempat yang sempat kami lawat hari ni:
tak sah kalau tak singgah disini
the steepest street in the world..berani?? Cubalah!
Apa yang menambah kegembiraan kami, kami dapat ke Dunedin Islamic Centre. Walaupun penduduk di sini majoritinya bukan Islam, wujud juga sebuah masjid. Ianya taklah sebesar di Malaysia, hanyalah sebesar sebuah rumah. Pelajar-pelajar muslim menjadikan DIC ni sebagai tempat berkumpul dan melakukan aktiviti.

Hari ke-4 kami berakhir disini, hari ini agak meletihkan, jadi kami bercadang tidur awal. Sambung lagi esok. Banyak lagi tempat nak jalan-jalan esok.


Hari 5 (Dunedin-Otago Peninsula) 
29 November 2011, Selasa


Pagi-pagi lagi kami dah bangun sebab Subuh di sini pkl 4.30. Hari ni kami akan ke Otago Peninsula, tempat paling selatan di sini, untuk melihat Penguin dan burung Albatross. Apa yang menarik pasal burung ni? 
Kepak panjang   
Otago- Sejuk sangat rasanya di sini. Rupa-rupanya angin yang datang adalah daripada benua antartika. New zealand merupakan antara negara yang paling hampir dengan benua antartika selain Argentina. Sejuuukkkkkk!!!!
Seal ligat bermain

Tepat jam 5.30 ptg, kami makan malam di "The Rainforest", satu-satunya restoran Malaysia di Dunedin ni.

Rojak+nasi goreng kampung+mee goreng mamak

Habis makan, kami terus ke airport Dunedin untuk ke Aukland pula. Perjalanan ke Aukland ambil masa 2jam dari sini. Kami tiba di airport Aukland pada pkl 10.30mlm dan kali ini kami menginap di The Marina Mark.
Night @Aukland with SkyTower
Hari 6 (Dunedin-Aukland)
30 November 2011, Rabu


Hari ni kami bersiar-siar di bandar Aukland. bila tengok bandar ni, teringat dengan kesibukan bandar KL. Aukland lebih panas dari tempat-tempat lain, suhunya lebih kurang 22 degree, yang tertinggi setakat kami di NZ ni. Kalau belajar geografi dulu, cikgu Radziah selalu sebut pasal Pulan Haba. Mungkin inilah salah satu Pulau Haba yang cikgu sebut dulu, berlaku sebab kerakusan manusia. ^_^
pengangkutan kami sepanjang 2 hari di sini "free city link"
shopping jgn tak shopping..
terbaik!!

to be continue......

"Syukran Ya ALLAH"
menulis untuk anak-anakku.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails