Monday, November 29, 2010

Doaku..Harapanku..

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu..
Kurniakan aku masjid yang sempurna

Dengan jodoh yang baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…

Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku

Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…

"Syukran Ya ALLAH"

Kem Anak Soleh 2010



Assalamualaikum w.b.t. Apa kbr shbt2 sekalian? Moga kita sentiasa berada di bawah lindungan, Inayah dan rahmatNya.


Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH kerana masih mengizinkanku utk melihat dunia utk kali ke-2. Aku yakin dan percaya dgn Qadar & Qada' Mu. Ujian darimu tidaklah seberat daripada ujian yg engkau turunkan kpd kekasihmu, habibillah, Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin ujian yg engkau turunkan kali ini kerana kejahilanku, tetapi sgt2 mengajar dan mendidik. JanjiMu, sekiranya kamu boleh bersabar dan redha, maka itulah  ganjaran pahala untuk kamu. Sebaliknya kalau tidak boleh bersabar dan tidak redha, hanya akan menambahkan dosa.


Firman Allah dalam Surah Az Zumar 39 : 10 yang maksudnya: “Katakanlah (Muhammad), Wahai hamba2 ku, yg beriman! Bertakwalah kpd Tuhanmu. "Bagi org yg berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan." Dan bumi Allah itu luas. Hanya org2 yg bersabarlah yg disempurnakan pahalanya tanpa batas.


Suasana kehidupan & persekitaran skrg banyak mengajar erti kehidupan yg sebenar dan hakiki. Hamba ini sentiasa mendambakan kasih sayangMu. Terlalu banyak kurniaanMu yg tidak aku sedar selama ini. Hamba terlalu leka dan lalai. Namun, terima kasih ya Allah..istiqamahkanlah aku di jln ini. Jgn engkau pesongkan hati kami setelah engkau beri hidayah kpd kami.

.........................................................................................................................................

KEM ANAK SOLEH 2010

Sedikit perkongsian pengalaman di sana. Kami  mula berkumpul di SAIF (Sek Integrasi Faizin) pd pagi 20/11/2010 utk sesi tklimat & tunjuk ajr sbg urusetia & fasi. Taklimat bermula dr pagi hingga petang. kemudian, pd waktu mlm, slps isyak, kami berbincang mengenai modul2 yg akn digunakan sepanjang progam KAS supaya prgrm berjalan lancar.

21/11/2010. Kami mula berpecah ke tempat msg2 utk persediaan tempat dan barang2. Ada yg ke Langkawi, Baling, Alor Setar, Merbok & laen2 (dh tak igt). Kami ditempatkan di Madrasah Zubaidiyah, Merbok. 20 fasi dan 10 urusetia dipilih utk ke sana. Perjalanan lebih kurang 45 mnit dr SAIF. Sepanjang perjalanan, kami melalui kaw gunung jerai, mrsm,uitm, mktb mahmud, dan Aismt Uni. Kami smpai di Madrasah pkl 3.00ptg. Terpegun & tertanya2 bagaimana sek ini blh memuatkan pljr dr tahun 1 hinggalah tingktn 5 & juga tahfiz dlm satu sesi shja. Subhanallah! Mgkn berkat drpd Mudirnya, Ustaz Hanif bin Ghazali seorang penulis buku, yg meneruskan amanah drpd ayahnya.

22/11/2010. 7.30pg. Pendaftaran peserta bermula. Plbagai kerenah ibu bapa yg boleh kita lihat. =) Biasalah. Harapan yg menjulang tinggi utk melihat anak mereka menjadi seorang anak yg soleh & solehah. Selesai pendaftran, bermulalah sesi taaruf@ice breaking dan diteruskan lagi dengan aktiviti2 yg diamanahkan kpd kami utk disampaikan kpd bkl2 mujahid dan mujahidah ini.

Anak-anak yg berusia antara 9-12 thn ini, sgt2 memerlukan dorongan drpd msyrkt. Apabila dilihat pd wajah2 mereka ini, mereka sgt memerlukan didikan agama yg sempurna, dan tidak boleh dibiarkan tanpa panduan. Mereka diajar cara & kaedah solat yg betul serta diberi motivasi yg tinggi supaya mereka memahami islam dengan lebih mendalam lagi.

Pelbagai pengalaman kisah suka dan duka yg blh dikongsi bersama. Sehinggalah hari terakhir apabila sesi penyerahan anak2 soleh ini kepada ibu bapa mereka. Suasana hiba dpt dilihat apabila tangisan suara anak2 ini sayup kedengaran. 

Wahai adik2 ku..




...........................................................................................................................................

Ya Allah, Engkau telah tunjukkanku satu per satu RahmatMu, Engkau temukanku dan berikanku dengan sesuatu yg tidakku sangka selama ini. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!

Lagu tema KAS (Umat Islam Harus Cemerlang) 

Umat islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dr smlm,
Jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh,
Kita ada ALLAH Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga,
Doa sebagai senjata,
Jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh,
Kita ada ALLAH Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga,
Doa sebagai senjata, 
Umat Islam sentiasa boleh!

Wahai manusia, Berjuanglah demi menegakkan kalimah ALLAH!

"Syukran Ya ALLAH"



Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid Adha!!

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara  kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.


Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.
Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tetapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t.
Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman di dalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.
Firman Allah s.w.t dalam surah As-Shaffat (102-107):
"Makaketika itu sampai (keperingkat umur) yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. 
Setelah kedua-duanya berserah diri (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim membaringkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah membenarkan mimpi yang engkau lihat itu." 
Demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar."

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri

Aidil Adha ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut. 
Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :
"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak. 
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."
Waallahualam..

"Syukran Ya ALLAH"

 

Sunday, November 7, 2010

Mencari yang terlalu sempurna.

Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya, ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga.
Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada.
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Dia adalah manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga
ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu,
mengenyangkan dan berkhasiat,
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.menyayanginya, mengasihinya.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.

sumber: iluvislam.com

"Syukran Ya ALLAH"

Thursday, November 4, 2010

Laporan terkini banjir di Perlis!!


Tarikh    : 2/11/2010 hingga ........
Lokasi   : IPG KP, dan sekitarnya
Punca    : Manusia yang sentiasa melakukan kerosakan

Pengalaman dan kenangan banjir besar di Perlis, selepas hujan 3 hari berturut-turut tanpa henti. Semoga kita mengambil pengajaran di sebalik apa yang berlaku. Mungkin ia merupakan bala daripada Allah untuk mengingatkan hamba-hambaNya yang semakin lalai.
Ini baru bala di dunia, tapi bala di akhirat, hanya tuhan yang tahu.

Banjir
 Bah
 Flood
 Fayadhan (arabic)


sumber: blog abg daus (dh minta izin)

p/s: jangan mudah goyang, lepas ni akan ada banyak halangan. tetapkan hati

"Syukran Ya ALLAH"

Monday, November 1, 2010

Najah Fil Imtihan!

Salam..
Kepada semua sahabat perjuanganku,
semoga najah fil imtihan pada kali ini,
Allahuma amin,
Bit Taufik wan najah.

1,2,11 dan 15 November 2010

"Syukran Ya Allah"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails