Monday, June 21, 2010

Bulan Penghayatan Islam (BPI)




Penghayatan kepada ajaran Islam yang sebenar akan melahirkan ummah yang mantap dalam fikrah Islami dan konsisten amalannya. Justeru, program ini bertujuan untuk membawa guru pelatih khususnya dalam menghayati maksud Islam yang syumul itu.

Insya Allah, natijahnya dapat dizahirkan melalui kewujudan biah solehah di bumi IPG sendiri. Biah solehah membawa kepada keberkatan dan keredhaan Allah, kerana Islam itu betul-betul difahami dan dihayati.

Ayuh! Bersama dalam menjayakan Program Bulan Penghayatan Islam, Menelusuri Keizzahan Islam..

Nama Program : BULAN PENGHAYATAN ISLAM (BPI)
Tema                : Menelusuri Keizzahan Islam
Tarikh               : 2 Julai-5 Ogos 2010
Tempat             : IPG Perlis
Tempoh            : Sebulan
Anjuran             : PGPI dengan kerjasama Biro Kerohanian JPP IPG Perlis

OBJEKTIF PROGRAM :

1. Menambahkan pengetahuan mengenai agama islam yg syumul bukan setakat perkara rukun sahaja.
2. Membina keyakinan diri dlm hal-hal berkaitan pengurusan organisasi dan kepimpinan.
3. Memantapkan ilmu dan kemahiran dlm pengurusan sesuatu program
4. Menerapkan semangat kerjasama dan persaudaraan islam dlm usaha mewujudkan biah solehah, mawaddah dan sakinah di IPG Kampus Perlis.

TENTATIF PROGRAM:

1. Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Islam (BPI) - 2 Julai 2010 -
- Dewan Indera Kayangan (DIK) -

2. PGPI Girl's Day - 10 Julai 2010 -
- Sekitar IPG Perlis -


3. Islamic Musical Show - 13 Julai 2010 -
- DIK -


4. Tayangan Video Perdana (Islamic Movie 4 All) - 2 & 16 Julai 2010 -
- Dwn Pulai 1 -

5. Forum Perdana - 7 Julai 2010 -
- Dataran Ilmu -

"ADUHAI CINTA...MILIK SIAPA? MAKHLUK? ATAU PENCIPTA?"oleh Ustaz Tuan Syeikh Faisol b. Hj omar, Tuan Roslan b. Che Ros dan dipengerusikan oleh Hj Hashim b Othman Al-Hafiz

6. Kuiz Pengetahuan Islam - 5,12,19 & 26 Julai 2010
- Dataran Ilmu & Surau Nurul Iman -

7. Pameran Palestin - 20,21 & 22 Julai 2010
- Foyer Perhimpunan -

8. Konsert Far East & Teater Zikrul Maut - 29 Julai 2010
- DIK -

9. Program Wacana Cinta IPG OLEH USTZ HASRIZAL (saifulislam.com)- 20 September 2010-
- DIK -


Semoga program yg dirancang dpt dilaksanakan dengan penuh kejayaan dgn izin dan rahmat dariNYA.
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

"Syukran Ya ALLAH"

3 comments:

  1. hey ustaz hasrizal pown ade? nak datang weyh =) huhu

    ReplyDelete
  2. wah..cambes je..nak dtg jugaklah.. **hhahaha..mcm bukan kt mktb..

    ReplyDelete
  3. dr cinta :~ dtg la..aku da jmput nie..dtg 3 klas skali pn xpe..xpn bwk satu mktb..ha2

    abg daus :~ lme x dgr kbor..rajin ke nk dtg BPI..jauh kot..hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails