Selama aku hidup kat dunia ni, macam2 perangai dan sikap manusia yang pernah aku tengok. Ada yang macam tu, ada yang macam ni...Hmm..entahlah. Aku ni pandai cakap orang je, cerminlah diri sendiri dulu. Kat bawah ni aku ada perkara yang nak dikongsi bersama2 dengan semua orang.
(1) ALLAH menjadikan iblis itu,
Sebagai musuh yang wajid diperangi dan dijauhi.
Tapi ada MANUSIA yang menjadikan iblis itu,
Sebagai sahabat karib dan mengikutinya.
(2) ALLAH menjadikan anggur itu,
Supaya kita menikmati khasiat dan kelazatannya.
Tapi ada MANUSIA yang menjadikan anggur itu,
Minuman haram yang memabukkan dan merosakkan diri.
(3) ALLAH menjadikan api itu,
Untuk memasak makanan dan penjana kuasa.
Tapi ada MANUSIA yang menjadikan api itu,
Sebagai bahan pemusnah dan merosakkan tubuh dengan menelan asapnya(rokoklah tu)
(4) ALLAH menjadikan udara itu,
Amat bersih supaya kita merasai nikmat bernafas.
Tapi ada MANUSIA yang menjadikan udara itu,
Tercemar dengan asap serta gas2 beracun dan merosakkan sistem pernafasan sendiri.
(5) ALLAH menjadikan sungai itu,
Sebagai sumber air, makanan, pengangkutan dan sebagainya.
Tapi ada MANUSIA yang menjadikan sungai itu,
Sebagai tempat membuang sampah, sisa buangan, racun, dan mencemarkannya.
(6) ALLAH menjadikan ayam itu,
Sebagai haiwan ternakan untuk kita menikmati telur dan dagingnya.
Tapi ada MANUSIA yang menjadikan ayam itu,
Sebagai punca rezeki yang haram dengan menjadikannya haiwan pertarungan di gelangang
sabung.
(7) ALLAH menjadikan ilmu itu,
Untuk kita amalkan dan sebarkan.
Tapi ada MANUSIA yang menjadikan ilmu itu,
Untuk disimpan dan tidak mahu diamalkan.
(8) ALLAH jadikan rezeki dan harta itu,
Supaya dapat dikongsi bersama dan bersedekah kepada yang memerlukan.
Tapi ada MANUSIA yang menjadikan rezeki dan harta itu,
Supaya dapat bermegah-megah.
(9) ALLAH menjadikan MANUSIA sebagai hambaNYA di dunia ini, Tapi, Ada MANUSIA yang menjadikan diri sendiri sebagai hamba kepada dunia.
Adakah aku termasuk dalam golongan di atas?? YA RABBI, jauhkanlah kami dari golongan2 di atas. Kurniakanlah HIDAYAH dan TAUFIK kepada kami..jadikanlah kami hamba yang sentiasa berzikir dan bersyukur kepadaMU dan sentiasa menggunakan nikmatMU dengan sebaik-baiknya...YA ALLAH.
No comments:
Post a Comment