Friday, November 25, 2011

A journey to Sabah, Labuan, Brunei

Bismillahirahmanirrahim..
Sebelum memulakan perkongsian, teringat sepotong ayat al-Quran dalam surah al-Ankabut:

Katakanlah "berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah memulai penciptaan makhluk, kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir" Sesungguhnya Allah berkuasa atas setiap sesuatu" 
(Al-Ankabut, ayat 20)


Kalam hari ini adalah sekadar perkongsian mengenai pengalaman 5 hari berada di negeri orang.  Terlalu rindu untuk menulis kembali, tapi apakan daya, baru malam ini berkesempatan untuk menulis. Terlalu seronok berada di negeri orang lain walaupun sebentar.

Di sini perjalananku bermula....LCCT

Hari pertama (Kota Kinabalu)

Perjalanan ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA 2) dengan "burung besi" Air Asia mengambil masa 2 jam dari LCCT. Tiba di KKIA (2), kami terus "check-in" di Marina Court dan terus jalan-jalan ke Shopping Complex dan pasar Filipina. Dengar macam syok "pasar Filipina", tapi memang standard pasar, ada ikan, sayur, dengan bahan-bahan mentah. Cuma saya agak terpegun dengan binatang laut ni, memang ada banyak dijual kat sana.


Lobster di pasar Filipina, harganya 1kg = Rm 180.  
p/s: Dinner untuk malam pertama kami adalah ikan bakar+udang bakar.  

Hari kedua (Labuan)   


Hari ini merupakan tujuan sebenar lawatan saya dan ahli-ahli rombongan. Kami check-out pukul 6 pagi dan terus berjalan ke stesen bas KK menuju ke Menumbok untuk ke Labuan. Perjalanan dengan bas ke sana lebih kurang 2 jam 30 minit. Setibanya di Menumbok, kami terus menaiki speed boat. Hampir 30 minit kami mengharungi ombak lautan china selatan. Alhamdulillah, walaupun pertama kali berpijak di bumi Labuan, rasa seronok tak terkira.

Kami terus disambut oleh guru besar SK St Anne. Serba sedikit mengenai sekolah tersebut, ia merupakan satu-satunya sekolah kluster yang terdapat di Labuan. Ia mempunyai struktur organisasi sekolah yang amat tersusun, bermula dari pentadbiran sekolah hinggalah ke PIBG sekolah. Antara perkara yang dikongsikan kepada kami adalah Model Cawan Transformasi Sekolah yang dicipta oleh guru besar sendiri.


Model Cawan Transformasi Pengurusan Sekolah yang diiktiraf


Dinner @Labuan
Ketam + Udang + Ikan
Hari ketiga (Brunei) 

Pada hari ketiga, kami meneruskan pengembaraan ke Brunei dengan menaiki Feri. Tambang ke sana lebih kurang BD30. Brunei merupakan salah satu negara yang terkecil di dunia selain daripada Singapura. Keluasannya hanyalah 5700 km/persegi berbanding Malaysia yang berkeluasan 329, 000 km/persegi dan mempunyai 383,000 orang penduduk saja.  Tiba di sana, kami  bercadang untuk terus mengelilingi seluruh kawasan di negara ini kerana kami hanya mempunyai masa yang agak terhad. Antara tempat yang kami lawati adalah Masjid Sultan Hasanal Bolkiah, Jerudung park, Kampung Air, dan Muzium Sultan Brunei. 

29 kubah sebagai tanda simbolik dibina pada zaman pemerintahan
 Sultan Hasanol Bolkiah (sultan ke-29) 

Kekayaan yang dimiliki oleh Sultan Brunei amat banyak sehinggakan rakyatnya dapat hidup dengan kos sara hidup yang rendah, tanpa cukai, dan tanpa tol. Kagum rasanya dengan sikap rakyat Brunei yang menghormati pejalan lalu lintas. Buktinya, apabila kami ingin melintas melalui "zebra crossing", semua kereta dengan serta merta akan berhenti dan memberi laluan kepada kami untuk melintas.

Sedikit pekongsian tempat-tempat menarik di Brunei: 


Muzium Sultan Brunei


Kanak-kanak riang


Hari keempat (KK) 


Ttepat jam 10.00 pg, kami bertolak ke KK dengan menaiki bas ekspress. Perjalanan kali ni mengambil masa 8 jam, melalui Sarawak dan terus ke KK. Walaupun perjalanan mengambil masa yang lama, namun ia adalah suatu pengalaman yang amat berharga buat kami. Antaranya, kami terpaksa mengharungi 9 imigresen untuk memeriksa passport. Macam berada kat negara orang pulak..hmmmm...


Hari kelima


Hari terakhir di KK, kami berkesempatan utk "shopping" sebelum berangkat pulang ke LCCT.
Dapat beli kuih cincin Sabah....seronoknya..^_^


Terima kasih ya Rabb atas kurniaanMu ini. Selamat tinggal Sabah, Labuan dan Brunei. Jumpa lagi!!



"Syukran Ya ALLAH"   

Menulis untuk anak-anakku~

2 comments:

  1. whoaa..lastly, update jgak dia noh..bgusss..! X sabaq nk dgaq contengan jalanan ke NZ plak pasni... ;)

    ReplyDelete
  2. wahh..rajinnya ustaz jalan2 kt sini..^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails