Friday, August 27, 2010

Forum d' IPG


25/8/10~ Alhamdulillah!! 3 PPISMP Pengajian Agama telah mengadakan sebuah forum yg bertemakan "Hijaratun Nabi Pemangkin Transisi Akhlak Islamiah". Bertempat di Dewan Pulai B dari jam 9.00 pg hingga 10.30 pg. Ia sebenarnya merupakan salah satu projek KKBI dalam subjek agama. Seramai 39 orang guru pelatih telah bersama-sama menjayakan forum ini dengan bimbingan daripada semua pensyarah JAPIM. Saudara Mohd Ridzuan, selaku pengarah program, berkata, program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada semua guru pelatih serta mewujudkan biah solehah di IPG KP ini. Kerjasama dari semua pihak telah berjaya menjayakan forum ini.  
(Mod: Ahmad Zahid Hamidi) (Panel: Izzat, Farah'ain, Amalina, Zaki)

~Sedikit perkongsian~

Hijrah: 
Bahasa: Perpindahan, perubahan, penambah baikan, kecemerlangan.
Syarak: Perpindahan nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah.

Antara isu yang telah dibincangkan:-
1) Kisah hijrah Nabi serta strategi Nabi
2) Akhlak Nabi sepanjang hijrah
3) Revolusi semasa di Madinah
4) Akhlak yang disemai oleh Nabi Muhammad s.a.w.
 

Rugilah orang yang hari ini sama seperti semalam dan esok adalah sama seperti hari ini. (Saidina Abu Bakar)  


"Syukran Ya ALLAH"

2 comments:

  1. mantap ya Akhi..inilah contoh terbaik yg abg boleh ikut dr adik abg...semoga aki blh beri tunjuk ajar pd abg cara berforum...kekok untuk abg berckp di khalayak skrg...

    ReplyDelete
  2. aki x pndai pn berforum,
    hr tulah percubaan pertama.
    tp Alhamdulillah, pengalaman yg aki dpt lbh penting dr segalanya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails