Monday, June 21, 2010

Bulan Penghayatan Islam (BPI)




Penghayatan kepada ajaran Islam yang sebenar akan melahirkan ummah yang mantap dalam fikrah Islami dan konsisten amalannya. Justeru, program ini bertujuan untuk membawa guru pelatih khususnya dalam menghayati maksud Islam yang syumul itu.

Insya Allah, natijahnya dapat dizahirkan melalui kewujudan biah solehah di bumi IPG sendiri. Biah solehah membawa kepada keberkatan dan keredhaan Allah, kerana Islam itu betul-betul difahami dan dihayati.

Ayuh! Bersama dalam menjayakan Program Bulan Penghayatan Islam, Menelusuri Keizzahan Islam..

Nama Program : BULAN PENGHAYATAN ISLAM (BPI)
Tema                : Menelusuri Keizzahan Islam
Tarikh               : 2 Julai-5 Ogos 2010
Tempat             : IPG Perlis
Tempoh            : Sebulan
Anjuran             : PGPI dengan kerjasama Biro Kerohanian JPP IPG Perlis

OBJEKTIF PROGRAM :

1. Menambahkan pengetahuan mengenai agama islam yg syumul bukan setakat perkara rukun sahaja.
2. Membina keyakinan diri dlm hal-hal berkaitan pengurusan organisasi dan kepimpinan.
3. Memantapkan ilmu dan kemahiran dlm pengurusan sesuatu program
4. Menerapkan semangat kerjasama dan persaudaraan islam dlm usaha mewujudkan biah solehah, mawaddah dan sakinah di IPG Kampus Perlis.

TENTATIF PROGRAM:

1. Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Islam (BPI) - 2 Julai 2010 -
- Dewan Indera Kayangan (DIK) -

2. PGPI Girl's Day - 10 Julai 2010 -
- Sekitar IPG Perlis -


3. Islamic Musical Show - 13 Julai 2010 -
- DIK -


4. Tayangan Video Perdana (Islamic Movie 4 All) - 2 & 16 Julai 2010 -
- Dwn Pulai 1 -

5. Forum Perdana - 7 Julai 2010 -
- Dataran Ilmu -

"ADUHAI CINTA...MILIK SIAPA? MAKHLUK? ATAU PENCIPTA?"oleh Ustaz Tuan Syeikh Faisol b. Hj omar, Tuan Roslan b. Che Ros dan dipengerusikan oleh Hj Hashim b Othman Al-Hafiz

6. Kuiz Pengetahuan Islam - 5,12,19 & 26 Julai 2010
- Dataran Ilmu & Surau Nurul Iman -

7. Pameran Palestin - 20,21 & 22 Julai 2010
- Foyer Perhimpunan -

8. Konsert Far East & Teater Zikrul Maut - 29 Julai 2010
- DIK -

9. Program Wacana Cinta IPG OLEH USTZ HASRIZAL (saifulislam.com)- 20 September 2010-
- DIK -


Semoga program yg dirancang dpt dilaksanakan dengan penuh kejayaan dgn izin dan rahmat dariNYA.
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

"Syukran Ya ALLAH"

Friday, June 18, 2010

dah tak tahannn...!!!!


peringatan utk aku,
JANGAN!! hnya tgk bayang2, kalo x mmg x dpt rse...sbb bayang2 xpenah pn wujud..xpernah langsung..cube letak tgn kat bwh lampu..pastu try pegang bayang2 tu..dpt x??? msti x dpt kan..btol??
camtu la makhluk, hakikatnya mmg x wujud, yg kte nmpak tu zahir jer..Hanya ALLAH yg wujud..

JANGAN penah kecewa, putus asa dgn sesuatu..
bersyukur dgn pe yg ade skrg..kalo x, kte mmg x malu..

Aku dh tak tahan, dh lme simpan, tunggu mse je nk tlis, aku msti tlis gak bnde ni, x gne aku simpan sorg2..x gne pegang sorg2..tp x sampaikan, dh sampai mse hr ni aku tlis jgk..
pesanan yg slalu bg aku peringatan time aku rse kosong, time aku down..time aku gila..n aku matiii..aku mmg x malu..
open ur eyes!!

======================================================================

PESANAN AL-ARIF ROBBANI POK CIK DIR AL-KELANTANI

"Ingatlah, kamu tidak pernah sesekali berada dalam keseorangan,
kamu tidak pernah ditinggalkan dan DIA tidak pernak meninggalkan kamu,
jika sesekali kamu ditinggalkanNYA maka kamu tidak akan wujud di alam musyahadah ini,
Kenapa kamu merasakan diri kamu keseorangan?
Adakah kamu percaya DIA sentiasa bersama kamu?
Jika kamu merasakan diri kamu berkeseorangan maka kamu silap,
walaupun kamu tidak pernah sayang dan cinta kepadaNYA tetapi DIA tetap bersama kamu,
wahai teman, DIAlah sebaik-baik teman dikala susah dan senang,
Teman, adakah kamu mengingatiNYA semasa senang? Jawapannya, TIDAK,
Sebenarnya kamu tak malu!!
Kamu merungut dikala susah dan disaat itu baru kamu cari DIA,
Kamu memang tak malu!!
Adakah ada lagi teman yang sebaik DIA?
Cintailah DIA kerana DIA tidak akan mengecewakan kamu,
DIA adalah sebaik-baik kekasih,
Makhluk akan tunduk kepada kamu jika kamu cintaiNYA.."

"Syukran Ya ALLAH" 
atas diri dan rase ini..

Back to the comp!!

Salam Jumaat,

to all my frenz yg dh dpt result, rabu lps..TAHNIAH sume!! especially result last sem..
kt cnie.. ipg perlis.
Kalo x slp batch kami yg highest dpt 3.76 kot..and batch senior sem 5 de yg smpai 3.94..
wah!! tahniah2!! smpai de yg dpt anugerah pengarah..

tp jgn pernah sesekali pandang tu usaha kte, sbb usaha tu hanya dijadikan sbb je utk kte berjaya..
kalo pndang usaha je, smpai ble x nmpak DIA..
ingat!!!

k,wasalam..
"Syukran Ya ALLAH"

Thursday, June 10, 2010

~Believe it...or Not!!~

  t-shirt in JAPAN!!

 









    


    

    "Syukran Ya ALLAH"

p/s : bkn sng nk jd chef,, nk msk,, ajar org masak..pastu kena mkn sndri..org yg belajar x nk mkn  ^_^

Friday, June 4, 2010

al-Fatihah ~untukmu~

Salam,, 21 Jamadilakhir 1431H

Sedar atau tak rpenye2 umur kte smakin hr pendek..ajal kte semakin dekat. Setiap detik yg berlalu kte x sedar. Amal kebaikan atau sebaliknya dah kite lakukan, muhasabah diri msg2...tepuk dada, tanya IMAN

Bru smlm aku dpt tau...FAZLEE dah kembali ke rahmatullah~ rpenye2 dah tiba saat kau tggalkan kami, kau pergi dulu dr kami.
Sorang demi sorang dah pergi, pergi untuk selamanya~  
dan x mungkin akan kembali ke alm musyahadah ni lagi..

Teringat lagi kali terakhir aku jmpe kau,
 time reunion SKLA,
 aku ske sgt tgk kau gelak,
 tgk kau buat lwk,
 dgr kau cerita,
 n hepi sgt2., 
wat sume yg ade terhibur..
bnde tu terbisik-bisik lg kt telinga aku skrg ni,

TAPI,
sume tu dh jd kenangan..kenangan..n kenangan..
kn..kn.. =(

Kalo dikenangkan lg mmg sedih, tp aku sedar setiap jasad yg bernyawa pasti akan mati..tetap MATI..
 ALLAH lebih menyayangimu..Fazlee..



Terima kasih kerana menjadi sahabatku,
Semoga aman dan bahagia dalam redhaNYA di alam sana,
"Tenang dalam lena"
Hanya al-Fatihah ~untukmu~ yg mampu aku kirimkan.
Amin..

Wednesday, June 2, 2010

"..take 5.."

Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a:

"Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda. Baginda bersabda: Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar."


SUSAH ITU TARBIAH & SABAR ITU INDAH...=)

"Syukran Ya ALLAH"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails