Dah sebulan aku x meng`update` benda alah nie. Mgkin sebab ak malas, x pandai bahagi masa, terlupa, xde mood, xpun x de idea..tapi HAKIKAT yang sebenarnya, ALLAH masih x izinkan aku utk tulis benda ni.
Hmm...Sebelum aku bertolak blk esok, ak nk kongsi satu perkara yang perlu aku fikir, renung dan hayati bersama. Benda ni aku terbaca kat rumah masa dalam cuti sekolah ni...(macam la ak budak sek lagi)..hahaha.
ERTI TAWADUK YG SEBENAR~
من أثبت لنفسه تواضعا فهو المتكبر حقا اذ ليس التوضع الا عن رفعة فمتى أثبت لنفسك رفعة فأنت المتكبر حقا
250) Siapa yg merasa diri bertawaduk, maka bererti ia benar-benar sombong, sebab mungkin ia merasa tawaduk kecuali kalau ia merasa besar, tinggi..kerana itu bila engkau menetapkan bahawa dirimu itu besar,tinggi,, maka benar-benar engkau telah sombong (mutakabbir hakqon). Maka apabila engkau menetapkan dirimu tawaduk (merendah diri), padahal engkau itu seorang yg besar, tinggi..maka bererti engkau benar-benar telah sombong..
Seseorang yg merasa tawaduk (merendah diri) disebabkan merasa diri itu besar, tinggi, hanya saja ia merendah dan perasaan besar,, Itulah hakikat kesombongan, dan erti takabur menurut Nabi Muhammad s.a.w. ~sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain~
ليس المتواضع الذي اذا تواضغ رآى أنه فوق ما صنع ولكن المتواضع اذا تواضع رآى أنه دون ما صنع
251) Bukan org yg tawaduk itu, seseorang yg bila bertawaduk lalu merasa bahawa ia telah mengalah,,merendahkan dirinya, tetapi org yg tawaduk itu ialah bila berbuat sesuatu merasa diri belum layak mendapat kedudukan itu.
Abu Sulaiman Addarany berkata: Seorang hamba tidak dapat bertawaduk kpd Allah, hingga mengetahui kedudukan dirinya.
Abu Yazid berkata: Selama seseorang itu merasakan bahawa ada org yg lebih jahat daripadanya, maka dia seorang yang sombong. Dan ketika ditanya, bilakah seseorang itu tawaduk? ~Jika tidak merasa ada kedudukan @ kemuliaan, dan tawaduk seorg hamba itu munurut kadar MakrifatNya terhadap ALLAH dan dirinya.
Muhammad bin Muqatil ketika diminta berdoa, ia menengis sambil berkata: Semoga bukan sayalah yg menyebabkan kamu menderita drpd bala ini. Dan tanda2 bahawa ia benar2 tawaduk ialah,, jika ia tidak marah ketika dihina dan dicela.
المتواضع الحقيقي هو ما كان نشئا عن شهود عظمته وتجلي صفته
252) Hakikat tawaduk ialah yg timbul kerana memerhatikan kebesaran ALLAH, dan terbuka sifat2 ALLAH. Tawaduk dlm pendapat ahli tauhid ialah kesombongan, sebab siapa merasa dirinya ada kemuliaan dan kedudukan, maka perasaan seperti itulah kesombongan..
لا يخرجك عن الوصف الا شهود الوصف
253) Tidak ada sesuatu yg dpt mengeluarkanmu dari sifat kesombonganmu,, kecuali jika engkau melihat sifat-sifat ALLAH.
Selama engkau tidak memerhati dan ingat kpd sifat ketuhanan, kebesaran dan kekuasaan ALLAH, maka selama itulah engkau merasa besar, sombong.
Selama engkau tidak melihat sifat kesempurnaan ALLAH, maka selama itulah engkau tidak mengakui kekurangan @ kehambaan pada dirimu terhadap ALLAH..Nauzubillahi min zalik.. نعوذ بالله من ذلك..
fikir2 kan lah zaki..JGN SOMBONG, RIYA.. jumpa lg di lain masa & ketika..wassalam..
Diambil dr: Terjemahan Al-Hikam, Pendekatan Pengabdian pada Khaliq..
No comments:
Post a Comment