Alhamduillah..
Pagi td aku selamat sampai ke rumah setelah menempuh perjalanan yg agak meletihkan tapi menyeronokkan.
Allah masih mengizinkan aku untuk bertemu dgn ahli keluarga yg tersayang..
Sudah lama aku x berblogging..macam dh berabad & berkurun(ye la tu).Tp mlm ni dengan izinNya, dpt kita kongsi bersama perkara2 yg boleh dijadikan peringatan untuk semua.
Utk peringatan pd diri yg sering alpa dgn keindahan dunia yg hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kpd manusia dgn SEPULUH PERKARA.
(1) Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan DIMASUKKAN ke dalamnya kelak
(2) Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan DIAZAB di dalam perutku
(3) Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan MENANGIS di dalam perutku
(4) Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan KECEWA di dalam perutku
(5) Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan MENYESAL di dalam perutku
(6) Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan DIMAKAN ULAT di dalam perutku
(7) Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan DIHINA di dalam perutku
(8) Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan JATUH di dalam perutku dalam keadaan dukacita
(9) Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan TINGGAL DALAM KEGELAPAN di dalam perutku
(10) Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan KESEORANGAN di dalam perutku.
والله أعلم والسلام عليكم ورحمة الله
No comments:
Post a Comment