Thursday, July 28, 2011
Thursday, July 7, 2011
Istimewa buatMU..Wahai muslimah..
Kadangkala, tika diri ini mengenangkan minda daripada berfikir perkara yg rumit ataupon merehatkan minda dari segala kerja melelahkan, terlihatlah akan individu-individu yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan gambar-gambar mereka pada page mereka. Sehingga kini ana tidak faham mengapa mereka terlalu suka memamarkan wajah yang dianggap cantik. Tidak kiralah samada di Friendster, Myspace, Facebook, Blog mahupon Twitter sekalipun, serta bagi mereka yg menggunakan ym sebagai medium "chatting". Terbit rasa hairan di dalam hati ini, dimanakah perginya rasa segan dan malu mereka? Tidakkah terbit rasa malu dalam hati mereka? Wahai ALLAH, bantulah kami ke arah yang kau redhai..
Ada Apa Dengan Gambar?
Baiklah. mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik? Mungkin juga masing-masing sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang bakal diberitahu selepas ini. Semoga kalian dapat membuka pintu hati masing-masing tanpa dipaksa dan bersedia untuk menerima apa yg mahu perkatakan selepas ini.
Kita mulakan dengan persoalan. PERLUKAH diupload gambar untuk totonan umum? Mengapa?
1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai.
Kerana Gambarmu itu Begitu Berharga
Sedarlah wahai Muslimah, tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga? Adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata-mata untuk pandangan umum? Fahamilah hukum dan syariat Islam. Mungkin ramai yg bangga meletakkan gambar dengan niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya. Tapi niat sebenarnya, wallahua"lam.. Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim?
Dikira 'beruntunglah' jika begitu. Tidak kurang juga yang hanya menjadi modal umpatan bg lelaki-lelaki yang mengenali kamu? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu? Jika kamu tahu, mungkin tidak mengupload gambar kamu di alam maya ini.
Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari. Tidakkah kamu ingat bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn mudah da boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dalam komputer sang lelaki. Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg memang mahukan kecantikan mereka ditunjuk2? INGAT!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba-tiba terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya. Adakah ketika itu kamu mampu lagi berbangga? Apa yang mampu anda lakukan ketika itu? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri.
Muslimah Dan Gambar
Bukan tujuan untuk mengutuk, menghentam atau menghina sesiapa, tetapi ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah-wajahmu menjadi tontonan umum. Tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang-wenangnyanya di alam maya. Meskipun muslimah sudah lengkap menutup auratmu, namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat .
Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki? Perosak ketaqwaan seorang Muslim? Dan lebih teruk lagi menjadi Mata Panah Syaitan.
Sedarlah muslimah sudah tiba masanya kalian sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali-kali oleh mereka yang benar-benar layak sahaja. Tidak perlulah berbangga dgn apa yang telah Allah anugerahkan kepadamu dgn menggunakanya sebagai Mata Panahan kpd syaitan.. Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dari alam maya ini dgn seribu satu alasan, hanya satu pesan dari diri ini. BERHATI-HATILAH!!
PETIKAN DARI AURATKU MARUAHKU..
Ya Rahim, bukalah pintu hati kami. Jangan kau sesatkan kami ke jalan kau kau murkai..
"Syukran Ya ALLAH"
Tuesday, July 5, 2011
Pemergianmu - Inteam
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan.
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa.
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat.
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu.
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia, kan mati akhirnya.
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya.
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu.
"Syukran Ya ALLAH"
Subscribe to:
Posts (Atom)