Tuesday, September 21, 2010

in my memory

27th March 2010
11 Rabiulakhir 1431H
Saturday

One of the nice memory that i've faced,
  I did something and it was very meaningful to me,
didn't know why i did it..
A special day and sweet memory in my life..

what happened??
maybe i should share??
maybe i should keep??

hmmm...no..
i don't know,
because it still not sure..

and right now..for me..
never give up, pray and put hope to ALLAH.

"Syukran Ya ALLAH"  

Thursday, September 9, 2010

repekan malam raya


Repekan Pertama

Ramadhan tahun ini baru sahaja berlalu, agak-agaknya kita berada di tahap mana. Muhasabahlah diri masing-masing, tepuk dada tanya iman. Bila masuk syawal maghrib tadi, macam-macam gelagat dan kerenah manusia dapat dilihat. Ada yang masih buat kuih lagi, kemas rumah, beli-belah lelong malam raya, dan yang paling tak boleh bla, dah mula main mercun. 

Apa la seronok sangat bakar benda alah tu, dah la mahal, setiap letupan ibarat meletupkan duit, mengganggu ketenteraman awam, membazir pulak. Tapi dalam mengata ni, sebenarnya, aku pun main bahan bakar ni. Mesti ada setiap tahun, setahun sekali je kot. Sebab pada aku, di samping pergi bertakbir raya ke rumah-rumah, bunyi-bunyi inilah yang menggamit dan menceriakan suasana malam raya.  =)

Repekan Kedua

Suasana lain, seronok bila ada orang bertakbir kat dalam rumah, rasa suasana lebaran tu lain dari yang lain. Sebagai tanda kesyukuran dapat melaksanakan ibadah khusus selama sebulan. Lepas habis takbir mesti ada makan-makan, macam-macam ada, dan yang seronoknya dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.

Repekan Ketiga

Esok seluruh penduduk kat sg ramal ni solat kat masjid yang baru siap seminggu lepas, hanya dibuka sempena hari raya sebelum ditutup semula untuk kerja-kerja pembersihan dan hiasan masjid. 

Kepada abg hazim yang berada di luar tu, janganlah sedih-sedih. Selamat berjuang dalam exam esok. ~SALAM LEBARAN~ Juga diucapakan salam aidilfitri kepada seluruh ahli keluarga, guru-guruku, rakan-rakan seperjuangan dan seluruh rakyat Malaysia.

ٍ
ٍسلا مت هاري راي عيد الفطري

"Syukran Ya ALLAH"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails